Thursday, March 24, 2011

Anak ditinggalkan di kampung????

Tajuk yang mungkin sensitif bagi sesetengah ibubapa. Sebelum saya memulakan tajuk kali saya mohon maaf seandainya ada yang terasa dengan entry saya kali ini. Dah lama saya pendamkan tentang tajuk ini. Dah lama saya ingin luahkan perasaan saya berkenaan dengan tajuk ini, tapi keadaan yang sibuk memaksa saya tertangguh2..
Semenjak saya melahirkan anak sulung saya Amirul Zafran, saya bertekad untuk menjaganya dari kecil hingga besar, saya ingin merasai susah payah membesarkan anak, saya ingin anak saya menghargai saya dan suami dalam membesarkan mereka. Selepas berkahwin, hidup saya dan suami sangat susah, walaupun kami berdua graduan ijazah kami masih tak dapat kerja tetap,suami masa tu kerja tak tetap,jual insuran, gaji berdasarkan komisen, ada kes adalah gaji,saya pulak kerja telemarketing,starting pun RM1000 sahaja, bila dah disahkan mengandung saya berhenti kerja, tak tahan pressure...takut efect baby, so jadilah surirumah sepenuhnya sampaila saya melahirkan anak sulung, pantang di kampung, suami ulang alik dari kl ke Kelantan, tengok saya dan baby, setiap minggu,kalau nak diikutkan belanja tu banyak lah...gaji tak seberapa....ketika dalam pantang suami saya ada bagitau...nak tinggalkan baby dengan emaknya, lagipun emaknya tinggal sorang, saya bagitau suami, yang...walau kita susah macam mana sekalipun, ayang nak jaga baby kita...walaupun emaknya xder masalah nak jaga baby, saya bertegas saya nak jaga baby saya, bukan saya tak kesiankan emaknya, tapi saya NAK JAGA BABY SAYA....alhamdulillah suami saya turutkan aja....bila samapi di KL, dengan saya sebagai suri rumah sepenuhnya, suami pulak kerja astro, bahagian sales, gaji yang tak seberapa,belanja bertambah dengan adanya baby baru, terpaksa korek tabung nak beli diaper baby, mana nak bayar sewa rumah lagi, bayar kereta lagi,alhamdulillah masa tu saya masih menyusu sepenuhnya baby saya,cukup 5 bulan hidup susah, saya tak tahan saya minta izin dengan suami nak cari kerja, alhamdulillah saya dapat kerja sebagai guru tadika,dekat dengan rumah saya, kena cari pengasuh pulak, masa tu upah pengasuh baby RM250...redhakan aja...dek kerana nak kerja...tolong suami...3 bulan saya mengajar di tadika, 3 bulan saya mendalami ilmu pengasuhan dan bidang kanak2....saya terpaksa bawa anak saya ke taska kerana saya ingin anak saya berkawan, mindanya terbuka, pandai berkongsi mainan. Dengan menghantar pengasuh, anak saya pendiam, tidak aktif, apa taknya, yang pengasuh tu tahu, bagi makan,tido tengok tv, mainan tak bagi, takut bersepah....alhamdulillah setelah menghantar anak ke taska anak saya aktif,banyak perubahan,...
Berbalik kepada cerita tinggalkan anak di kampung...semua ibu bapa ada alasan tersendiri untuk tinggalkan anak di kampung...SAYA TAHU semua ibu bapa sayangkan anak2nya...SAYA TAHU ibu bapa tinggalkan anak2nya kerana kos yang tinggi di KL terutamanya...SAYA TAHU susah nak cari pengasuh yang baik dan murah, jika ibu bapa sekalian tidak dapat mengelak dari tinggalkan anak terutamanya baby di kampung, xapa....asalkan anak dibekalkan dengan SUSU IBU, dahla tinggalkan kat kampung, bagi pulak susu formula, mana taknya bila dah besar, anak NAKKAN neneknya lagi berbanding dengan ibunya...xsalah sayangkan nenek dan atuk....tapi kita sebagai IBU...xker sedih bila anak TAK NAK dengan kita????IBUNYA????.. SEDARLAH wahai ibu2....bapa2....walaupun anak ditinggalkan dek kerana masalah yang xdapat dielakkan, bekalkan sekali SUSU IBU...SUPAYA anak kita masih ingat kita ibu dan bapanya..JANGAN BAGI ALASAN...susah...nak kerja nanti...xder susu...susu sikit....itu semua hanya alasan bagi yang tidak mencuba,kalau dah mencuba tapi masih tiada, nak buat macam mana...rezeki baby nak dapat susu ibu masa tu saja...tak apa...asalkan anda sudah berusaha....bagaimana nak buat stok susu semasa pantang?banyak blog2,buku, tentang penyimpanan SUSU IBU....NAK SERIBU DAYA TAK NAK SERIBU DALIH....
Saya bercerita mengenai ini juga kerana ada salah seorang ibu di taska saya tinggalkan anaknya dikampung masa babynya berumur 3 bulan dek kerana kos sara hidup di KL tinggi, selepas dua bulan, dia mohon untuk masukkan kembali anaknya ke taska saya, saya tanya kenapa kak? katanya setiap kali dia pulng menjenguk anaknya, anaknya langsung tak nak dengannya, dia rasa sedih yang amat, so dia ambil keputusan untuk mengambil anaknya semula dari kampung...
SESUNGGUHNYA ANAK ITU ANUGERAH TUHAN, JAGALAH MEREKA SEBAIKNYA, SOLEH ATAU TIDAK ANAK ITU BILA BESARNYA NANTI, TERPULANG BAGAIMANA IBU DAN AYAH MENDIDIKNYA, TIDAK PERLU SALAHKAN ORANG LAIN,JIKA ANAK2 MEMBESAR DENGAN IBU DAN AYAH...INSYAALLAH....ANAK AKAN MENJADI ANAK YANG SOLEH DAN SOLEHAH. KITA AKAN CUBA MEMBERINYA YANG TERBAIK, BILA BESAR NANTI TERPULANG PADA MEREKA BAGAIMANA MEREKA MENGHARGAI KITA SEBAGAI IBUBAPA MEREKA....INSYAALLAH....

*susu ibu adalah yang TERBAIK...

No comments:

Post a Comment