Thursday, March 24, 2011

Anak ditinggalkan di kampung????

Tajuk yang mungkin sensitif bagi sesetengah ibubapa. Sebelum saya memulakan tajuk kali saya mohon maaf seandainya ada yang terasa dengan entry saya kali ini. Dah lama saya pendamkan tentang tajuk ini. Dah lama saya ingin luahkan perasaan saya berkenaan dengan tajuk ini, tapi keadaan yang sibuk memaksa saya tertangguh2..
Semenjak saya melahirkan anak sulung saya Amirul Zafran, saya bertekad untuk menjaganya dari kecil hingga besar, saya ingin merasai susah payah membesarkan anak, saya ingin anak saya menghargai saya dan suami dalam membesarkan mereka. Selepas berkahwin, hidup saya dan suami sangat susah, walaupun kami berdua graduan ijazah kami masih tak dapat kerja tetap,suami masa tu kerja tak tetap,jual insuran, gaji berdasarkan komisen, ada kes adalah gaji,saya pulak kerja telemarketing,starting pun RM1000 sahaja, bila dah disahkan mengandung saya berhenti kerja, tak tahan pressure...takut efect baby, so jadilah surirumah sepenuhnya sampaila saya melahirkan anak sulung, pantang di kampung, suami ulang alik dari kl ke Kelantan, tengok saya dan baby, setiap minggu,kalau nak diikutkan belanja tu banyak lah...gaji tak seberapa....ketika dalam pantang suami saya ada bagitau...nak tinggalkan baby dengan emaknya, lagipun emaknya tinggal sorang, saya bagitau suami, yang...walau kita susah macam mana sekalipun, ayang nak jaga baby kita...walaupun emaknya xder masalah nak jaga baby, saya bertegas saya nak jaga baby saya, bukan saya tak kesiankan emaknya, tapi saya NAK JAGA BABY SAYA....alhamdulillah suami saya turutkan aja....bila samapi di KL, dengan saya sebagai suri rumah sepenuhnya, suami pulak kerja astro, bahagian sales, gaji yang tak seberapa,belanja bertambah dengan adanya baby baru, terpaksa korek tabung nak beli diaper baby, mana nak bayar sewa rumah lagi, bayar kereta lagi,alhamdulillah masa tu saya masih menyusu sepenuhnya baby saya,cukup 5 bulan hidup susah, saya tak tahan saya minta izin dengan suami nak cari kerja, alhamdulillah saya dapat kerja sebagai guru tadika,dekat dengan rumah saya, kena cari pengasuh pulak, masa tu upah pengasuh baby RM250...redhakan aja...dek kerana nak kerja...tolong suami...3 bulan saya mengajar di tadika, 3 bulan saya mendalami ilmu pengasuhan dan bidang kanak2....saya terpaksa bawa anak saya ke taska kerana saya ingin anak saya berkawan, mindanya terbuka, pandai berkongsi mainan. Dengan menghantar pengasuh, anak saya pendiam, tidak aktif, apa taknya, yang pengasuh tu tahu, bagi makan,tido tengok tv, mainan tak bagi, takut bersepah....alhamdulillah setelah menghantar anak ke taska anak saya aktif,banyak perubahan,...
Berbalik kepada cerita tinggalkan anak di kampung...semua ibu bapa ada alasan tersendiri untuk tinggalkan anak di kampung...SAYA TAHU semua ibu bapa sayangkan anak2nya...SAYA TAHU ibu bapa tinggalkan anak2nya kerana kos yang tinggi di KL terutamanya...SAYA TAHU susah nak cari pengasuh yang baik dan murah, jika ibu bapa sekalian tidak dapat mengelak dari tinggalkan anak terutamanya baby di kampung, xapa....asalkan anak dibekalkan dengan SUSU IBU, dahla tinggalkan kat kampung, bagi pulak susu formula, mana taknya bila dah besar, anak NAKKAN neneknya lagi berbanding dengan ibunya...xsalah sayangkan nenek dan atuk....tapi kita sebagai IBU...xker sedih bila anak TAK NAK dengan kita????IBUNYA????.. SEDARLAH wahai ibu2....bapa2....walaupun anak ditinggalkan dek kerana masalah yang xdapat dielakkan, bekalkan sekali SUSU IBU...SUPAYA anak kita masih ingat kita ibu dan bapanya..JANGAN BAGI ALASAN...susah...nak kerja nanti...xder susu...susu sikit....itu semua hanya alasan bagi yang tidak mencuba,kalau dah mencuba tapi masih tiada, nak buat macam mana...rezeki baby nak dapat susu ibu masa tu saja...tak apa...asalkan anda sudah berusaha....bagaimana nak buat stok susu semasa pantang?banyak blog2,buku, tentang penyimpanan SUSU IBU....NAK SERIBU DAYA TAK NAK SERIBU DALIH....
Saya bercerita mengenai ini juga kerana ada salah seorang ibu di taska saya tinggalkan anaknya dikampung masa babynya berumur 3 bulan dek kerana kos sara hidup di KL tinggi, selepas dua bulan, dia mohon untuk masukkan kembali anaknya ke taska saya, saya tanya kenapa kak? katanya setiap kali dia pulng menjenguk anaknya, anaknya langsung tak nak dengannya, dia rasa sedih yang amat, so dia ambil keputusan untuk mengambil anaknya semula dari kampung...
SESUNGGUHNYA ANAK ITU ANUGERAH TUHAN, JAGALAH MEREKA SEBAIKNYA, SOLEH ATAU TIDAK ANAK ITU BILA BESARNYA NANTI, TERPULANG BAGAIMANA IBU DAN AYAH MENDIDIKNYA, TIDAK PERLU SALAHKAN ORANG LAIN,JIKA ANAK2 MEMBESAR DENGAN IBU DAN AYAH...INSYAALLAH....ANAK AKAN MENJADI ANAK YANG SOLEH DAN SOLEHAH. KITA AKAN CUBA MEMBERINYA YANG TERBAIK, BILA BESAR NANTI TERPULANG PADA MEREKA BAGAIMANA MEREKA MENGHARGAI KITA SEBAGAI IBUBAPA MEREKA....INSYAALLAH....

*susu ibu adalah yang TERBAIK...

Kasih seorang abah dan suami

Assalamualaikum...
Kali ni saya nak berkongsi cerita mengenai suami saya. Saya sangat bersyukur dan berasa amat bertuah kerana memiliki seorang suami yang sangat memahami, penyayang, baik, suka menolong. Dua minggu lepas saya kena menghadiri kursus di Shah Alam, Sabtu dan ahad, dari pagi sampai ke petang. So saya minta suami saya untuk menjaga anak2 kami. So, dia xder masalah katanya, sebelum saya pergi saya menyediakan terlebih dahulu, pakaian dan keperluan anak2, terutamanya baby Zaqwan. Saya bagitau dia, baby Zaqwan tu, lap je la, xyah mandikan, (takut suami xpandai sebenarnya,hehehehe). Tapi, lepas pulang dari kursus, suami saya mengatakan yang dia mandikan adik Zaqwan, saya macam tak percaya plak...hehehehehe....tapi...terima kasih yang...sudi menolong untuk menjaga anak2...saya sudah boleh harapkan suami di rumah, menolong saya untuk menjaga anak2...dari mandikan anak2, pakaikan diaper anak2, pakaikan baju anak2, bagi anak2 makan, tidurkan anak2,alhamdulillah....inilah hasil pembelajaran  dan pengalaman bersama selama 6 tahun melayari bahtera perkahwinan dan ilmu2 yang kami cari dalam membesarkan anak2 kami....bagi saya, suami saya tidak ternilai, tiada tukar ganti, insyaallah kami akan berusaha membahagiakan keluarga kami, berusaha untuk kekal sehingga akhir hayat...

adik Zaqwan berak...abah tukar diaper
abang geram ngan Zaqwan...tolong menyibuk..
lap bontot adik...hehehehe

Nampak tak laptop kat sebelah tu???hehehehehehe.........sebenarnya masa ni suami saya tengah berFB, tapi dek kerana Zaqwan dah melalak punggungya tak selesa, suami saya cepat2 tukarkan diapernya, kasih seorang abah.

angah suka tolong abah buang diaper...hehehe(abaikan kain yang tak terlipat belakang tu..:))
pakai diaper..
pakai seluar...

lepas buang diaper terus sambung aktivtinya...
abang pun sibuk nak pegang adik
akhirnya abah pegang coz tak selesa ngan abang...

Saya sebenarnya bukan nak menunjuk yang suami saya ni bagus sangat, cuma nak berkongsi dengan kawan2,saudara mara, atau sesiapa terbaca blog ini, tidak salah rasanya seorang suami menolong untuk menjaga anak2...jangan pandai meminta sahaja, memberi pertolongan liat sekali, isteri duk sibuk kerja kat dapur lagi,jaga anak lagi,kemas lagi,lipat kain, basuh kain, dan sebagainya...sang suami plak sedap2 tengok tv, terbongkang tido...sedarlah wahai suami2...menolong isteri dengan IKHLAS banyak pahalanya...insyaallah kita sama2 menjadi ibu,bapa,isteri,suami yang terbaik...


Friday, March 11, 2011

Kami Di Kampung part 1

Rabu lepas kami bertolak dari Kota Damansara pukul 4 pagi, dan sampai ke kampung lebih kurang 11.30 pagi, alhamdulillah perjalanan kami lancar.

gelagat zayyad makan biskut...
pok su n Zafran xkongsi pun makanan dengan ibu...huhuhu

Salahkah anak2 yang sesekali pulang ke kampung bermain air hujan? pendapat saya, tak salah sebab anak2 dapat pendedahan bermain air hujan, kalo kat KL mana ada nak main air hujan kan?heheheeheh...asalnya abahnya nak join skali,tapi masa tengah tukar baju hujan reda...so xjadila....anak2 je lah yang main...hihihi...lepas mandi air hujan tu,make sure anak2 dimandikan sekali lagi dengan air paip,bagi mengelakkan gejala demam...hehehehhehe.... 
seronok sungguh diorang main...
leka...........

Pagi Khamis kami bersiap2 untuk keluar bawa ma tok n tok ma jalan2 di KB, sudah menjadi rutin setiap kali kami pulang ke kampung, kami akan ke mana sahaja mengikut kemahuan tok ma...gambar di bawah rentetan sebelum saya bersiap,heheheheh
abang sangat suka 'kenyet' adik...eeeee geram...
saja2 bergambar...hehehehe
zafran
zayyad
zaqwan

happy..happy...

Masa di tesco saya sempat capture gambar zayyad tak nak pegang tangan saya bila turun escalator...saya duk risau kot...kot...jatuh...tapi tak jatuh pun...hehehehe...ibu jer yang risau lebih2...

gelagat Zayyad..

Petangnya balik dari Tesco, kami hantar tokma di rumahnya, terus balik ke rumah tok ba, xjauh pun,10 minit jer...heheehehe....malamnya xder aktiviti pun...zayyad tido awal...mengantuk sangat...paginya bangun jer,poksu terus bukak kolam yang kami bli kat tesco...bukan main seronok lagi zafran n zayyad

kat rumah tok ba..
zayyad siap merangkak lagi...
abang n angah..


Monday, March 7, 2011

Jalan-jalan Tidak Membataskan Untuk Menyusu Anak

Salam...
Pagi-pagi ni nak bercerita sikit mengenai menyusu sewaktu keluar pergi jalan-jalan...bukan nak menunjuk, tapi nak berkongsi cerita dan ilmu,jika ibu-ibu di luar sana segan tuk menyusu di khalayak ramai. Last entry saya ada bercerita mengenai kami sekeluarga jalan-jalan di Melaka. Masa kami tengah tunggu makanan sampai, adik Zaqwan merengek nak susu, so suami saya mengambil selendang yang memang saya bawa sentiasa setiap kali keluar berjalan-jalan, selendang tu sebenarnya selendang lama...hadiah masa kawin dulu lagi...tapi saya simpan coz cantik..dan sekarang...ada gunanya kan?hehehe..

selendang yang dimaksudkan...hehehehe

Zaqwan sedang leka...

Gambar di atas adalah salah satu contoh semasa saya menyusukan anak saya dikhalayak ramai..memang kami mencari tempat yang agak terbelakang sikit untuk mengelakkan orang ramai...tapi ketika sedang menyusukan, orang semakin ramai kat belakang tu...datang untuk makan...then ada beberapa peristiwa setiap kali saya menyusukan adik Zaqwan, pasti ada yang menegur...susu badan ker? reaksi muka mereka?ada yang  macam pelik...ada yang biasa2 jer...ada yang muka macam bagusnya...ehm..apa2 pun saya bersyukur sangat dapat menyusukan adik zaqwan sepenuhnya..

Gambar di bawah sewaktu kami sekeluarga pergi makan2 di The Curve Mutiara Damansara...sementara menunggu adik2 saya sampai..kami berjalan2 dahulu di sekitar The Curve...untuk pengetahuan semua...di the curve ada satu tingkat iaitu tingkat 1 berdekatan dengan MPH ada banyak kedai barangan baby n toddler..antaranya OVO, Mothercare, Little Heaven, Anakku, Learning toys...rasa2nya ada banyk lagi tapi lupa la plak nama kedai2 tu....semua barangan keperluan menyusu saya saya beli di salah satu kedai di situ..banyak sangat pilihan...yang paling best ada bilik khas untuk menukar diaper anak dan tempat menyusu sekaligus tempat mengepam...

Tempat yang sangat selesa..

abang n angah setia menunggu...

abang yang selalu geram kat adik Zaqwan..

suamiku yang sentiasa setia menunggu...

Alhamdulillah saya mempunyai suami yang sangat setia dan sporting...hehehehehe..apa sahaja keperluan saya untuk menyusu anak2...dia berusaha untuk memenuhinya....thnx a lot to my lovely hubby..:)

Kemaskini stok EBM

Sementara hujan berhenti, saya nak berblog sekejap...hehehe...stok EBM dalam peti ais saya semakin banyak dan kemungkinan akan melimpah, jadi saya terpaksa kemaskini stok EBM saya secepat mungkin, so semalam saya dah kemaskinikan stok EBM saya, memang banyak, tapi saya masih dapat merasakan yang stok susu tu masih belum mencukupi untuk saya bertahan sehingga 2 tahun, namun begitu risau jugak, kalau banyak2 nanti takut ter expired plak, stok susu saya makin pekat dan bertambah sejak saya mulakan makan Vitamin dari shaklee trial pack, disarankan oleh blog mama iman n mommyLyna...thnx a lot guys,,...but..walaupun ada supplement, apa yang penting adalah kosongkan payu dara baru la susu akan ada setiap kali memerah, saya percaya pada supply n demand, kadang2 kalo saya tido lewat, sebelum tido saya akan memerah dahulu, pastu disambungkan lagi dengan direct BF oleh adik Zaqwan...

 Stok EBM yang berterabur di dalam peti ais

Stok susu yang belum di susun

rupa saya setelah disusun...

supplement yang saya amalkan Shaklee Trial Pack...dimakan setiap hari

Saya harap saya dapat bertahan sehingga umur adik Zaqwan sampai ke 2 tahun,saya sentiasa berdoa semoga impian saya tercapai....Insyaallah

Thursday, March 3, 2011

Makan-makan Dangau Rumbia

Selasa lepas...balik dari amik anak2 dari taska kami pergi makan2 di seksyen3 Kota Damansara...Dangau Rumbia....adik saya ap la yang memperkenalkan kami tempat makan ni....okla...tempatnya...ada 2 types tempat duduk...kalu nak duduk kat meja n kerusi ada...kalau nak duduk bersila pun ada...kami pilih tempat duduk bersila...senang nak letak zaqwan...zafran n zayyad boleh berlari....menu dia ada banyakk...sate...western food...masakan panas...yong tou foo...rojak...dan ia hanya dibuka dari petang sampai ke malam...ownernya melayu...saper2 nak try gi makan okla...



pondok makan kami...

pandangan dari tepi
 Kami bergambar dulu sebelum makanan sampai.....
zaqwan nak tido lepas menyusu

abah yang sangat baik...tolong basuhkan poo poo angah...thanx yang

ibu n angah...
 Menu yang kami order adalah
Sup Ekor

chicken chop dua...
 Tak ada gambar air kat sini coz..kami pesan air suam jer...hehehehe...kat bawah ni sesi makan2...
disebabkan angah dah makan kat taska...so dia bantai fries jer...okla....

Wednesday, March 2, 2011

Saya Mahu Semua Ibu Di Taska & Tadika Saya Tahu Maklumat Penyusuan Dari Blog Sarakids dan IbuCergas.com

Assalamualaikum...
wah...wah...wah...panjang sungguh tajuk kali ni....hehehehe.....sejak melahirkan anak yang ketiga ini saya begitu teruja mengenai penyusuan susu ibu...dan terasa sangat sensitif terhadap ibu-ibu yang tidak menyusukan bayinya secara ekslusif. Saya tidak mahu ibu-ibu di luar sana menjadi seperti saya. Anak yang ke3 barulah sedar betapa pentingnya penyusuan susu ibu secara ekslusif.
Kenapa tajuk di atas?Sebab:
a) Saya merupakan salah seorang usahawan taska dan tadika. Jadi saya sentiasa berhubung kait dengan ibu bapa dan kanak-kanak.Sejak saya sedar akan kepentingan susu ibu saya ingin ibu-ibu di taska dan tadika saya tahu betapa pentingnya susu ibu dalam pembentukan sahsiah diri anak itu, perkembangan anak itu, dan kesihatan anak itu sendiri. Sekiranya semua ibu-ibu di taska dan tadika saya menyusukan susu ibu secara ekslusif, saya sanggup membeli DF untuk menyimpan stok susu mereka di taska dan tadika saya demi anak mereka tersayang...wah!!!!besar sungguh impian saya kan?...hihihihi
b) Saya mahu semua anak-anak taska dan tadika saya sihat ceria dan selalu datang ke taska dan tadika bagi memeriahkan lagi serta memberi mereka peluang untuk bersosial secara sihat dengan rakan-rakan sebaya. Sekiranya anak-anak taska dan tadika hadir setiap hari dengan keadaan sihat kami semua guru-guru akan gembira bermain sambil belajar. Maka tidak adalah yang ketinggalan dalam proses pembelajaran mereka...
c) Saya mahu ibubapa sedar betapa pentingnya penyusuan susu ibu yang ekslusif bukan sekadar mengenyangkan bayi mereka tetapi merapatkan lagi hubungan anak-anak dengan ibubapa mereka, yang mana akan mempengaruhi sikap anak-anak dari kecil hinggalah besar.
e) saya mahu ibu-ibu sedar. apabila kita menyusukan anak kita secara ekslusif, ibu-ibu sendiri secara automatiknya akan sihat kerana, ibu-ibu akan menjaga pemakanan yang sihat,apa yang ibu makan,itulah yang anak makan. Apabila ibu-ibu menjaga pemakananya maka kurusla ibu-ibu secara sihat dan ia juga dapat mengelakkan kanser payudara yang kini semakin ramai menghidapinya, Sedarlah wahai ibu-ibu!!!! Lebih baik mencegah dari merawat...

   petikan dari Majalah Mingguan Wanita

d) Saya mahu ibu-ibu mendapat maklumat tentang penyusuan susu ibu dari blog yang saya cadangkan kerana mereka yang telah berjaya melakukannya telah mempunyai bukti yang kukuh!!!betapa hebatnya menjadi seorang ibu!!!


Saya bangga menjadi ibu yang boleh menyusukan anak saya secara ekslusif


Artikel ini ditulis sebab saya mengidam iPad percuma MySuperKids. Sertai Bengkel Adsense di laman web buat duit online & mulakan gaya hidup sihat dengan vitamin semulajadi ShakleeTrialPack

Tuesday, March 1, 2011

Saya Mahu Electrik Breast Pump pinky percuma dari blog Sarakids

Salam...
HAHAHAHAHA....kelakar plak rasanya tajuk macam ni...sebenarnya tajuk macam ni sebab saya nak join contest yang mommylyna anjurkan...manalah tahu ..ada rezeki...hehehhee...kenapa saya mahu elektrik breastpump? Sebab:
a) Sebelum ni saya pakai manual breastpump jenama Mebby...pakai 2 minggu..patah...pergi tukar...2 minggu lepas itu..patah lagi....so saya tukar terus dan tambah duit untuk upgrade elektrik breastpump jenama yang sama...guna 1 bulan...terus jam/stuck....ia tak suck mengikut apa yang saya fikirkan....so saya pergi tukar jenama baru Harmony Breastpump Medela...dan apa yang best saya dapat balik duit saya...

inilah yang saya guna sekarang.....

b) Saya sangat bangga dengan puan Farhan dari Sarakids....dia menyusukan anaknya sehingga dia boleh menjadi konsultan laktasi penyusuan ibu...dan dapat mencipta breastpumpnya sendiri...sangat2 bangga...oleh itu saya sangat teringin mempunyai breastpump yang dicipta olehnya...hehehehe

impianku...

c) Saya teringin untuk relaks ketika mengepam susu untuk anak2 saya...sambil mengepam...sambil berblog...hehehe...kalau guna manual...kena concentrate on mengepam...xble buat keje lain...nanti emosi terganggu...hehehehhe...
d) Saya sekarang berusaha untuk memberi susu saya kepada anak kedua saya yang sentiasa tidak sihat itu...kesian kat Zayyad...yang tak lama minum susu ibu...sorry angah yer....sekarang saya ingin menebus kembali untuk memberi susu saya kepada Zayyad dan Zaqwan...secara serentak...mungkin dengan elektrik breastpump yang saya inginkan ini dapat...menambah kuantiti dan kualiti susu saya dan dapat beri kedua2 mereka susu saya ...insyaallah...


Semoga impian saya tercapai....


Artikel ini ditulis sebab saya mengidam iPad percuma MySuperKids. Sertai Bengkel Adsense di laman web buat duit online & mulakan gaya hidup sihat dengan vitamin semulajadi ShakleeTrialPack

Trip to Melaka

Salam...
24.2.2011 saya mengikut suami saya ke Melaka....hehehehehe...sebenarnya suami saya ada kursus...sambil2 tu boleh saya dan anak2 join sekali...bukan apa kalo duk umah pun susah juga,...terus terang saya katakan sejak dah ada anak 3 orang ni...memang susah saya najk jaga diorang semua ni sendirian..walaupun saya ada kursus guru tadika yang terpaksa saya menghadirkan diri..(sorry k.ina nk.zan tak dapat join)...walaupun saya ke Melaka sebenarnya hanya terperap di bilik hotel sahaja...tapi tak per...suami saya ada sekali...so tak susah nak mintak tolong walaupun dia pergi course...walaupun begitu suami saya sempat gak la cilok satu malam bawak saya dan anak-anak gi jalan2...tu pun naik bot jer...sebelum naik bot kitaorang pegi makan dulu...lupa la plak tempat yang kitaorang makan tu...tapi dekat dengan jeti bot tu la...tepi jalan




hidangan makan petang kami sekeluarga di restoran seafood...sebelum kami pergi makan dan order tadi...kami berjalan-jalan di jeti bot tepi sungai...nama tempat tu kalo tak silap Melaka River Cruise..

Adik Zaqwan...

Zafran n Zayyad

saja suka2 amik gambar dari belakang...hehehehehe

me n my lovely  boys

Masa tengah amik gambar ni...abang duk sibuk...bila kita nak naik kapal ni?...jomla bu....saya cakap...nanti dudlu...kita gi makan dulu then baru kita naik k...kalao malam lagi cantik view dia...then abang said...ok bu....good boy..:)

bot baru bergerak...

angah semangat nak tengok pemandangan

angah teruja

Adik Zaqwan terlena dibuai angin malam...

Disebabkan waktu malam dan tidak nampak apa2 yang menarik kecuali lampu...so tak dapatla nak rakam pemandangn lampu itu....jadi terpaksala kami mengambil gambar kami sahaja...hehehehehe...







Perjalanan bot kami berakhir 1/2 jam kemudian...Zaqwan lena tidur...selepas menyusu (direct BF) 2 kali...sampai sahaja di hotel semuanya tertidur kepenatan...impian saya mahu berjalan-jalan di tempat yang menarik bersama keluarga tercinta...insyaallah tercapai....