Wednesday, August 10, 2011

1st Time Zafran Berpuasa

Kali pertama dan hari pertama Zafran mula belajar berpuasa 2 Ramadhan bersamaan dengan 2 Ogos 2011, saya sebagai ibu sangat berbangga. Saya tidak memaksa Zafran berpuasa,cuma menggalakkan sahaja dia cuba untuk berpuasa. Caranya,hari pertama puasa ramai kawan2 satu kelas berpuasa dan masa balik petang tu saya tanya dia,
Ibu :"ramai tak kawan2 abang berpuasa?"
Zafran : ramai bu,abang dengan kawan2 yang 4 tahun je yang tak puasa
Ibu : abang nak belajar puasa tak?
Zafran : Nak,cikgu cakap kalau kita puasa kita boleh raya...
Ibu : abang tahu tak puasa tu apa?
Zafran : tahu....puasa tu tak makan dan tak minum sampai petang

So,saya berfikir,owh..Zafran semakin faham apa istilah puasa...mmmmm...mungkin boleh cuba untuk ajar dia berpuasa...mungkin setengah hari dulu?so, saya bagi tau Zafran kalau nak berpuasa,dia kena bangun sahur awal pagi,barulah boleh tahan lapar sampai petang,so, dia cakap ok....so...tindakan saya...saya akan sentiasa mengingatkan dia supaya dia berpuasa esok....saya tanya dia dengan kerap sekali...masa makan...masa tengok tv,masa main ngan adik dia....so dia akan cakap ok...abang nak puasa esok...

(Masa 1 Ramadhan tu selepas sahur saya lipat kain sambil tengok tv,channel tv9 tanyalah ustaz,tajuknya 'cara menggalakkan anak belajar puasa',kata ustaz tu,beritahu anak2 maksud puasa,dan ajarlah dia dari kecil,jangan memaksa tapi galakkan anak belajar berpuasa,sebelum kejut anak sahur,malamnya sebelum tidur,bisikla ditelinga anak,"abang,pukul 5 pagi ibu kejut abang sahur ok?"so bila kejut paginya anak akan mudah bangun...sebabnya perkataan terakhir dia dengar sebelum tidur adalah pukul 5 pagi ibu kejut sahur...so mudahla dia bangun....)

Saya buat pada Zafran seperti diajar ustaz tu...alhamdulillah...memang mudah dia bangun berbanding abahnya:)ahaks...masa dia sahur tu saya tak sempat capture gambar dia....coz excited sangat dia bangun bersahur dan asyik mengingatkan dia berpuasa hari ini...:)

Pagi tu saya hantar anak2 kat taska & tadika,inform kat cikgu dia berpuasa,kalau nampak dia lemah dan tak larat tengahhari tu,bagi la dia berbuka....so saya masuk ofis buat kerja macam biasa,pukul 11 keluar,ada urusan bank,then terus balik rumah, petang tu saya pegi ambil anak2,dalam hati saya berkata dah tentu Zafran dah bukak puasa ni....masa amik diorang dalam pukul 5 ptg,tanya cikgu,cikgu cakap Zafran puasa lagi setakat ni,dan saya tengok dia,dia masih sihat,kuat,tak nampak macam lemah pun....wahhhh.....syukur sangat2 dia boleh bertahan sampai petang,so bila balik rumah,saya bagitau suami Zafran masih puasa, abahnya macam tak percaya....tapi dugaan Zafran banyak sangat...hehehehehe...kejap2 angah minum air...kejap2 angah makan biskut...depan dia,so dia minta dengan saya nak minum air..saya cakap sabarla bang sikit je lagi...banyak sangat cara kami alihkan dia supaya tak teringat nak minum....tapi bertahan sampai pukul 7malam jer....menangis minta air....so...dia berbuka dengan milo ais(permintaan dia dalam kereta nak bukak puasa dengan milo ais dan sphagetti panjang) hahahahaha....alhamdulillah.......bangga sangat dengan dia

gambar ni diambil masa tengah pujuk dia supaya bertahan dengan bagi dia tengok Disney channel


Sangat berbangga dengan abang...:)

Kali ke 2 berpuasa,Zafran berjaya puasa penuh.....:))))))) tapi.....saya dan suami terpaksa pujuk dengan banyak cara,dugaannya bukan apa pun,angah yang sukan makan minum depan dia....HAHAHAHAHA...kalau kat sekolah tak apa,kawan2 dia semua puasa....so tak terasa sangat lapar dan dahaganya tu....strategi saya,saya ambil dia lambat sket,lebih kurang pukul 6,balik abahnya ajak naik motor sampai la pukul 7.15,adusshhhh....tak per....dugaan mengajar anak benda yang baik:) sehingga entry ini ditulis....dia sangat berbangga dia berpuasa 2hari.....hahahahaha....SAYA????? 10 kali ganda gembira dan berbangga dia belajar berpuasa.....perlu ambil masa nak ajak dia berpuasa kali ke3,step by step....dia baru berumur 4 tahun 10 bulan....

hari ke 2 Zafran bersahur,menu nasi + kicap + telur mata,bangun sendiri...xpayah kejut:)






* sangat bahagia melihat anak-anak semakin membesar dengan sihat dan cerdas:)))))

Monday, August 8, 2011

3 jenis Rumahtangga

Sabtu lepas saya telah dijemput oleh beberapa pakar dalam bidang keusahawanan taska tadika untuk membincangkan mengenai perancangan penubuhan taska di Selangor. Perjumpaan ini lebih kepada 'brainstorming' dan saya sangat2 menghargainya kerana dijemput menyertai kumpulan ini.
Apa yang saya ingin kongsikan pada entry kali ini adalah,ketika sedang kami sedang mencurahkan idea2 kami, salah seorang pakar memberitahu kami sebagai selingan dia ingin berkongsi berkenaan dengan situasi institusi keluarga buat masa sekarang,katanya kita ada 3 jenis rumahtangga iaitu:

1. RUMAHTANGGA BERPENDIDIKAN
- rumahtangga ini merujuk kepada keadaan di dalam keluarga tersebut yang mempunyai,peraturan tersendiri, cara mendidik anak, mendisiplinkan anak, ada ruang belajar,ada ruang santai bersama keluarga, ada ruang untuk ibadat(solat),ibubapa yang sentiasa mencari masa untuk bersama anak2,ibubapa yang boleh bertolak ansur,ibubapa yang sentiasa terbuka dengan pemikiran anak2,sentiasa memberi peluang kepada setiap anak2, sentiasa berbincang dan bertolak ansur dengan anak2.

2. RUMAHTANGGA PEMBONZAIAN(kali pertama saya dengar rumahtangga pembonzaian:)
- maksudnya rumahtangga jenis ini merujuk kepada sikap ibubapa itu sendiri yang tidak memberi peluang kepada anak2 menonjolkan diri, ibubapa tidak memberi peluang kepada anak2 memberikan pendapat masing2. Contohnya: anak2 di rumah menunggu ketibaan ayah atau ibu pulang dari tempat kerja,ibu ayah pulang dalam keadaan penat,anak2 pula ingin berborak mengenai keadaan mereka di sekolah,ibu ayah,terus membonzaikan percakapan mereka dengan mengatakan ibu ayah penat,tolong duduk diam,bila anak2 nak bercerita,ibu ayah buat tak layan,terus membonzaikan pemikiran mereka,bila anak2 menunjukkan hasil tulisan,lukisan,aktiviti ibu ayah tidak menghargainya terus membonzaikan keyakinan diri anak2.tindakan ibu ayah begini akan berterusan dan anak2 juga akan terus membonzaikan diri mereka dari segala segi, samaada, keyakinan diri,kebolehan diri sehingga dewasa.

3. RUMAHTANGGA PENTERNAKAN
- jelas sekali maksudnya:)ibu ayah hanya tahu buat anak sahaja, tidak menghiraukan tahap perkembangan anak2. Tidak berusaha untuk mengharmonikan keluarga, anak2 bebas untuk melakukan apa sahaja, cthnya: makan depan tv,tidur depan tv,belajar depan tv,balik rumah tak kisah pukul berapa,tidak ada jadual belajar,tidak sembahyang,tidak ada aktivti bersama keluarga,tidak berbincang sesama ahli keluarga, tidak boleh bertolak ansur. Kesimpulannya keluarga ini tidak ada peraturan khusus dalam memantau perkembangan anak2

Pada pendapat saya ibubapa tidak ada hak untuk mengabaikan anak2,anak2 anugerah Tuhan,anak2 bagai kain putih, tanggungjawab ibubapa bagaimana mencorak mereka,tanggungjawab ibubapa mendidik anak2,hargailah pendapat anak2......insyaallah kita sentiasa ingin menjadi ibu dan ayah terbaik di mata anak-anak....