Sunday, September 25, 2011

Jemputan Rumah Terbuka

Assalamualaikum......
Entry kali ni berkenaan jemputan rumah terbuka.....
Saya pasti ramai pembaca di luar sana sejak 2 tiga minggu ni sibuk dengan jemputan rumah terbuka....
Saya xder la banyak sangat jemputannya...bukan famous sangat pun.setakat anak beranak tu ada la....minggu lepas bermula la sahabat handai,saudara mara sibuk menghadiri rumah terbuka. Sabtu lepas suami saya jadi tuan rumah bagi Rumah Terbuka Yadim,sampai ke petang dia di Kampung Baru,saya dan anak2 di rumah;) petangnya saya ajak suami ke rumah kawan di seksyen 6 KD,Kak Jamaliah dan rumah mak sepupu suami di seksyen 8. Tapi suami dah kepenatan,dan nampak macam xsihat,so saya pergi dengan anak yang tengah saja, masa zafran kena chicken pox, so xboleh nak bawak dia....kul 6 ptg turun rumah,8 malam dah sampai rumah.....
Minggu ni, suami memang xbole ke mana2, coz of chicken pox,zafran dah ok, Jemputan rumah terbukanya 2 tempat hari sabtu,1 di Klang rumah pakcik saya dan 1 lagi di subang. Kebetulan plak pagi sabtu ada course tadika nak kena attend, so....petang kul 3ptg sampai umah...siap anak2....pergi amik adik no3 kat TV3,terus ke Damansara Damai adik no 2 terus ke Mutiara Subang rumah pakcik....sembang punya sembang dah maghrib....nak ke klang dah xlarat dah...terus balik umah....
Hari ni Ahad jemputannya 2 juga,1 rumah sepupu di Sri Muda Shah Alam dan kawan satu UPM dulu di Batu Caves,bestfren....tengah hari gi antar adik no 3 di tv3, amik adik no 2 di Damai terus ke Shah Alam, sembang nyer sembang...dah sampai petang....so....xlarat dah nak gi umah kawan.....so terus pulang ke rumahhhhhh.......


Terus terang saya cakap.....menziarahi saudara mara dan sahabat handai tanpa suami di sisi....rasanya sangat tidak seronok.....walaupun saya beruntung. ...anak2 saya sangat memahami ibunya dikala saya sedang memandu....even baby zaqwan pun berkelakuan dengan baik...tetapi alangkah seronoknya jika saya dapat penuhi semua jemputan bersama suami dan anak2.....seronoknya berjumpa saudara mara jika ada suami disisi...tapi bila suami xdapat nak menghadirkan diri bersama...lain rasanya.....


Suami Sebenarnya sudah semakin sihat....cuma rupa parasnya tidak mengizinkan dia keluar dari rumah lagi....hihihihi...bukan niat dihati meninggalkan suami dikala suami tidak sihat...tapi sudah mendapat kebenaran memenuhi jemputan saudara mara.....



Sangat berharap suami kembali ceria seperti sediakala.....hihihihi.....




*Sangat berbangga anak2 semakin membesar dan saling mengambil berat antara satu sama lain walau masih kecil....sejuk perut ibu mengandungkan kalian BERTIGA!!!!!

Wednesday, September 21, 2011

Luahan hati.....

Dah lama rasanya xberblog ni,bukan apa masa yang tidak mengizinkan,kalau nak berblog ni perlukan masa yang sesuai supaya dapat menulis dari hati.
Banyak perkara yang berlaku sepanjang saya tak berblog ni, sejak last entry ari tu, banyak yang hendak dikongsikan dgn pembaca blog,antara yang berlegar2 dalam fikiran adalah
1. Isu balik kampung;mana lebih senang (suami/isteri=senegeri), (suami/isteri=tidak senegeri)
2. Isu giliran rumah siapa dulu

Bukan apa,cuma ingin bertanya pendapat kawan2,saya suami isteri senegeri kampung lain2,kadang2 ada sedikit masalah semasa di kampung..

Ok...tinggalkan je la topik tu,agak basi juga kalau nak di kupas pada masa ini,


saya juga teringin nak.berkongsi ilmu.berkenaan dengan virus chicken pox dan demam campak.Bukan apa anak saya yg paling kecik,Zaqwan meragam sepanjang sebelum tibanya ari raya,demam,menangis,hanya dengan saya saja yang dia nak,even dengan abah dia pun tak nak,rupa2nya dia nak naik campak,hari raya ke2,memang xder mood dah nak beraya masa tu,nak berjalan umah sedara pun rasanya xrelevan dah masa tu.Hari raya ke 4,Zaqwan baru nak surut campak, anak saya yang tengah plak mula menampakkan simptom chicken pox,penuh satu badan kesian bila tgk dia.

Pagi 5 Sept kami bertolak pulang ke kl,sepanjang 2 minggu tu saya xdapat bekerja kerana kena jaga zayyad, teringat-ingat business saya......

Khamis lepas zayyad dah ok,hari tu baru dapat gi opis. Jumaat anak sulung saya menampakkan simptomnya......then ari sabtu suami saya pulak....adusshhh...tuhan saja yang tahu susahnye hati saya...isnin lepas bawak suami n anak gi klinik dapatkan mc. Dapatlah dia suami 2 minggu mc,sehingga ari ini suami saya masih tidak bermaya,chicken poxnyer agak teruk kalau nak dibandingkan dgn anak2....
Semalam(selasa) terpaksa tinggalkan suami dgn anak sendirian sebab tadika ada trip....tinggalkan mereka dalam keadaan tidak tenang....balik dari trip terus balik umah jenguk mereka.....
Petang semalam ibu mertua sampai kl,ingatkan nak klua beli lauk(kebetulan ikan selar kehabisan) malam tadi,ibu mertua datang lambat plak ke rumah (dia di rumah abang ipar:sebelah blok jer) mata plak masa tu dah ngantuk. So terpaksa tunda beli lauk pagi ni.Antar anak pagi2(xsempat jumpa staff),balik beli breakfast,bli lauk...dah tghari....uruskan hal2 persatuan...da petang...amik anak taska,salah seorang staff kata penyelia balik rumah....terseliuh pinggang....sepatah haram xcakap kat saya.....terkilan rasa dihati,staff bahagian baby plak terseliuh kaki..juga xbagitau saya....esok mc..


adussshhhh....manala saya xbengang!!!!!

saya ni bukan suka2 xpgi opis....ada hal....yang xdapat dielak......





susah hati.......



suami....anak.....xsihat



business lagi.......



huhuhuhu.....

Ya Allah!kuatkan iman hambamu ini,kuatkanlah mental dan fizikalku menguruskan suami,anak2,dan periuk nasi kami......

Wednesday, August 10, 2011

1st Time Zafran Berpuasa

Kali pertama dan hari pertama Zafran mula belajar berpuasa 2 Ramadhan bersamaan dengan 2 Ogos 2011, saya sebagai ibu sangat berbangga. Saya tidak memaksa Zafran berpuasa,cuma menggalakkan sahaja dia cuba untuk berpuasa. Caranya,hari pertama puasa ramai kawan2 satu kelas berpuasa dan masa balik petang tu saya tanya dia,
Ibu :"ramai tak kawan2 abang berpuasa?"
Zafran : ramai bu,abang dengan kawan2 yang 4 tahun je yang tak puasa
Ibu : abang nak belajar puasa tak?
Zafran : Nak,cikgu cakap kalau kita puasa kita boleh raya...
Ibu : abang tahu tak puasa tu apa?
Zafran : tahu....puasa tu tak makan dan tak minum sampai petang

So,saya berfikir,owh..Zafran semakin faham apa istilah puasa...mmmmm...mungkin boleh cuba untuk ajar dia berpuasa...mungkin setengah hari dulu?so, saya bagi tau Zafran kalau nak berpuasa,dia kena bangun sahur awal pagi,barulah boleh tahan lapar sampai petang,so, dia cakap ok....so...tindakan saya...saya akan sentiasa mengingatkan dia supaya dia berpuasa esok....saya tanya dia dengan kerap sekali...masa makan...masa tengok tv,masa main ngan adik dia....so dia akan cakap ok...abang nak puasa esok...

(Masa 1 Ramadhan tu selepas sahur saya lipat kain sambil tengok tv,channel tv9 tanyalah ustaz,tajuknya 'cara menggalakkan anak belajar puasa',kata ustaz tu,beritahu anak2 maksud puasa,dan ajarlah dia dari kecil,jangan memaksa tapi galakkan anak belajar berpuasa,sebelum kejut anak sahur,malamnya sebelum tidur,bisikla ditelinga anak,"abang,pukul 5 pagi ibu kejut abang sahur ok?"so bila kejut paginya anak akan mudah bangun...sebabnya perkataan terakhir dia dengar sebelum tidur adalah pukul 5 pagi ibu kejut sahur...so mudahla dia bangun....)

Saya buat pada Zafran seperti diajar ustaz tu...alhamdulillah...memang mudah dia bangun berbanding abahnya:)ahaks...masa dia sahur tu saya tak sempat capture gambar dia....coz excited sangat dia bangun bersahur dan asyik mengingatkan dia berpuasa hari ini...:)

Pagi tu saya hantar anak2 kat taska & tadika,inform kat cikgu dia berpuasa,kalau nampak dia lemah dan tak larat tengahhari tu,bagi la dia berbuka....so saya masuk ofis buat kerja macam biasa,pukul 11 keluar,ada urusan bank,then terus balik rumah, petang tu saya pegi ambil anak2,dalam hati saya berkata dah tentu Zafran dah bukak puasa ni....masa amik diorang dalam pukul 5 ptg,tanya cikgu,cikgu cakap Zafran puasa lagi setakat ni,dan saya tengok dia,dia masih sihat,kuat,tak nampak macam lemah pun....wahhhh.....syukur sangat2 dia boleh bertahan sampai petang,so bila balik rumah,saya bagitau suami Zafran masih puasa, abahnya macam tak percaya....tapi dugaan Zafran banyak sangat...hehehehehe...kejap2 angah minum air...kejap2 angah makan biskut...depan dia,so dia minta dengan saya nak minum air..saya cakap sabarla bang sikit je lagi...banyak sangat cara kami alihkan dia supaya tak teringat nak minum....tapi bertahan sampai pukul 7malam jer....menangis minta air....so...dia berbuka dengan milo ais(permintaan dia dalam kereta nak bukak puasa dengan milo ais dan sphagetti panjang) hahahahaha....alhamdulillah.......bangga sangat dengan dia

gambar ni diambil masa tengah pujuk dia supaya bertahan dengan bagi dia tengok Disney channel


Sangat berbangga dengan abang...:)

Kali ke 2 berpuasa,Zafran berjaya puasa penuh.....:))))))) tapi.....saya dan suami terpaksa pujuk dengan banyak cara,dugaannya bukan apa pun,angah yang sukan makan minum depan dia....HAHAHAHAHA...kalau kat sekolah tak apa,kawan2 dia semua puasa....so tak terasa sangat lapar dan dahaganya tu....strategi saya,saya ambil dia lambat sket,lebih kurang pukul 6,balik abahnya ajak naik motor sampai la pukul 7.15,adusshhhh....tak per....dugaan mengajar anak benda yang baik:) sehingga entry ini ditulis....dia sangat berbangga dia berpuasa 2hari.....hahahahaha....SAYA????? 10 kali ganda gembira dan berbangga dia belajar berpuasa.....perlu ambil masa nak ajak dia berpuasa kali ke3,step by step....dia baru berumur 4 tahun 10 bulan....

hari ke 2 Zafran bersahur,menu nasi + kicap + telur mata,bangun sendiri...xpayah kejut:)






* sangat bahagia melihat anak-anak semakin membesar dengan sihat dan cerdas:)))))

Monday, August 8, 2011

3 jenis Rumahtangga

Sabtu lepas saya telah dijemput oleh beberapa pakar dalam bidang keusahawanan taska tadika untuk membincangkan mengenai perancangan penubuhan taska di Selangor. Perjumpaan ini lebih kepada 'brainstorming' dan saya sangat2 menghargainya kerana dijemput menyertai kumpulan ini.
Apa yang saya ingin kongsikan pada entry kali ini adalah,ketika sedang kami sedang mencurahkan idea2 kami, salah seorang pakar memberitahu kami sebagai selingan dia ingin berkongsi berkenaan dengan situasi institusi keluarga buat masa sekarang,katanya kita ada 3 jenis rumahtangga iaitu:

1. RUMAHTANGGA BERPENDIDIKAN
- rumahtangga ini merujuk kepada keadaan di dalam keluarga tersebut yang mempunyai,peraturan tersendiri, cara mendidik anak, mendisiplinkan anak, ada ruang belajar,ada ruang santai bersama keluarga, ada ruang untuk ibadat(solat),ibubapa yang sentiasa mencari masa untuk bersama anak2,ibubapa yang boleh bertolak ansur,ibubapa yang sentiasa terbuka dengan pemikiran anak2,sentiasa memberi peluang kepada setiap anak2, sentiasa berbincang dan bertolak ansur dengan anak2.

2. RUMAHTANGGA PEMBONZAIAN(kali pertama saya dengar rumahtangga pembonzaian:)
- maksudnya rumahtangga jenis ini merujuk kepada sikap ibubapa itu sendiri yang tidak memberi peluang kepada anak2 menonjolkan diri, ibubapa tidak memberi peluang kepada anak2 memberikan pendapat masing2. Contohnya: anak2 di rumah menunggu ketibaan ayah atau ibu pulang dari tempat kerja,ibu ayah pulang dalam keadaan penat,anak2 pula ingin berborak mengenai keadaan mereka di sekolah,ibu ayah,terus membonzaikan percakapan mereka dengan mengatakan ibu ayah penat,tolong duduk diam,bila anak2 nak bercerita,ibu ayah buat tak layan,terus membonzaikan pemikiran mereka,bila anak2 menunjukkan hasil tulisan,lukisan,aktiviti ibu ayah tidak menghargainya terus membonzaikan keyakinan diri anak2.tindakan ibu ayah begini akan berterusan dan anak2 juga akan terus membonzaikan diri mereka dari segala segi, samaada, keyakinan diri,kebolehan diri sehingga dewasa.

3. RUMAHTANGGA PENTERNAKAN
- jelas sekali maksudnya:)ibu ayah hanya tahu buat anak sahaja, tidak menghiraukan tahap perkembangan anak2. Tidak berusaha untuk mengharmonikan keluarga, anak2 bebas untuk melakukan apa sahaja, cthnya: makan depan tv,tidur depan tv,belajar depan tv,balik rumah tak kisah pukul berapa,tidak ada jadual belajar,tidak sembahyang,tidak ada aktivti bersama keluarga,tidak berbincang sesama ahli keluarga, tidak boleh bertolak ansur. Kesimpulannya keluarga ini tidak ada peraturan khusus dalam memantau perkembangan anak2

Pada pendapat saya ibubapa tidak ada hak untuk mengabaikan anak2,anak2 anugerah Tuhan,anak2 bagai kain putih, tanggungjawab ibubapa bagaimana mencorak mereka,tanggungjawab ibubapa mendidik anak2,hargailah pendapat anak2......insyaallah kita sentiasa ingin menjadi ibu dan ayah terbaik di mata anak-anak....



Wednesday, June 29, 2011

Kisah Amirul Zafran

Salam,
Saya tengah godek2 folder dalam laptop ni,tetiba jumpa gambar lama....terharu sangat2 melihat gambar ni,gambar sewaktu Amirul Zafran dilahirkan secara emergency ceaseran,dia dah berak dalam perut,bila dilahirkan Doktor bagitau yang dia dah tertelan air ketuban.....xterkata rasanya....saya dan suami terkelu....cuma tenangkan diri sendiri dengan mengatakan insyaallah....xada apa2 akan berlaku....cucu sulung umi dan babaku... umiku juga terkelu....Amirul Zafran terpaksa dimasukkan ke NICU....selama 7 hari.....Zafran disogokkan susu formula sepanjang di NICU.....sesungguhnya saya langsung xada ilmu tentang penyusuan susu ibu ketika itu...sangat2 sedih bila mengenang kembali...sesungguhnya gambar2 ini memberikan kenangan kembali....

 Gambar ini diambil sewaktu bantuan oksigen sudah di buka.....baru boleh bernafas sendiri....sangat sayu melihat matanya....mungkin tertanya2...kat mana la dia ni...
 Doktor mengatakan Zafran tika dia bergantung oksigen sepenuhnya.....50-50.......hati ibu mana yang tak sedih kan.....
 Dalam NICU tu...suami saya seorang yang paling kerap ke sana....melihat keadaan baby kami...bertanya soalan2 yang agak sukar di jawab jururawat di sana....sehinggakan ada nurse bertanyakan 'en. ni doktor ke?'suami saya tidak pernah terlepas peluang untuk berjumpa doktor bertanyakan keadaan baby kami tika itu



 Amirul Zafran discharge hari ke 7...
3.4 kg
Memandangkan tika itu hanya ayah ibu sahaja yang boleh masuk ke dalam NICU......kami capture gambar ni sorok2....untuk tatapan keluarga di kala baby masih di wad.....Semua gambar2 ni tersimpan rapi dalam album keluarga kami.....hanya keluarga terdekat sahaja yang pernah melihat gambar ni......tujuan entry ni diadakan adalah untuk mengingatkan saya anugerah pertama yang tuhan berikan kepada saya dan suami.....semoga gambar2 ni boleh jadi tatapan oleh anak2 saya di masa hadapan...



*sangat gembira Amirul Zafran kini sihat walafiat....bijak....cergas.....comel....dan segalanya....

Zayyad dah tak perlu pakai dyper

Salam....
Entry lepas saya dalam toilet train, berkenaan zayyad,anak ke-2 saya yang berumur 2 tahun 4 bulan,saya ada nyatakan tak sabar nak tahu result samaada dia sudah boleh berdikari atau tidak....









ALHAMDULILLAH!!!!!!!
Zayyad dah boleh berdikari...sudah boleh tak pakai dyper.....rasa bersyukur sangat2,bukan apa...jimat dari segi ekonomi:)di taska saya hanya membekalkan 1 dyper sahaja berbanding sebelum ini 3 dypers.....hanya dipakaikan sewaktu tidur sahaja,balik rumah memang xpakai dyper....kecuali malam nak tidur....Zayyad sendiri akan tahu yang setiap kali dia nak tidur dia akan ambil dypernya sendiri,pakai....then minta susu ppastu tdo.....akhirnya Zayyad sudah pandai menahan kencing,sudah tahu perbezaan kencing dan poo poo....cuma







seluarnya abis jadi longgar sebab.....sebelum ni ada dyper yang membesarkan bontotnya....tapi bila dah tak pakai dyper....seluarnya jadi terlondeh...HAHAHAHAHA....xapalah ngah....janji angah dah tak pakai dyper...kebanggaan abah dan ibu....





*sangat teruja melihat anak-anak berkembang dengan baik;)

Tuesday, June 21, 2011

Joging Di Tasik TTDI

Post yang tertangguh2...kami berjoging di tasik perdana...sangat segar apabila abis berjoging...saya angkut sumer anak2....biar mereka menikmati alam semula jadi....
 zafran dengan tracksuitnya...
 Zaqwan pun dengan tracksuitnya...
 angah juga...
my hansome boys

Kami turun seawal 7 pagi,awalnya planning nak pegi joging di tasik shah ala....pk2 balik...malas la plak....jauh sangat....akhir skali kami wat keputusan joging dekat2 rumah ajer....tasik di ttdi damansara...dapatla jugak 2 round...pastu abang dah penat dah....bu....bila nak stop ni....abang dah penat ni....so...kami berhenti...rehat...b/fast....
 Zayyad ajak abang main bola..

 time adik Zaqwan minum susu
macam biasa...angah takkan lepaskan peluang main pasir...
 abang setia menemani ibu...:)
 1....2.....3....
tak perasan plak abah amik gambar ni...

dah nak balik dah....

Tak tahu la bila lagi nak gi joging lagi....seronok sangat