Monday, August 8, 2011

3 jenis Rumahtangga

Sabtu lepas saya telah dijemput oleh beberapa pakar dalam bidang keusahawanan taska tadika untuk membincangkan mengenai perancangan penubuhan taska di Selangor. Perjumpaan ini lebih kepada 'brainstorming' dan saya sangat2 menghargainya kerana dijemput menyertai kumpulan ini.
Apa yang saya ingin kongsikan pada entry kali ini adalah,ketika sedang kami sedang mencurahkan idea2 kami, salah seorang pakar memberitahu kami sebagai selingan dia ingin berkongsi berkenaan dengan situasi institusi keluarga buat masa sekarang,katanya kita ada 3 jenis rumahtangga iaitu:

1. RUMAHTANGGA BERPENDIDIKAN
- rumahtangga ini merujuk kepada keadaan di dalam keluarga tersebut yang mempunyai,peraturan tersendiri, cara mendidik anak, mendisiplinkan anak, ada ruang belajar,ada ruang santai bersama keluarga, ada ruang untuk ibadat(solat),ibubapa yang sentiasa mencari masa untuk bersama anak2,ibubapa yang boleh bertolak ansur,ibubapa yang sentiasa terbuka dengan pemikiran anak2,sentiasa memberi peluang kepada setiap anak2, sentiasa berbincang dan bertolak ansur dengan anak2.

2. RUMAHTANGGA PEMBONZAIAN(kali pertama saya dengar rumahtangga pembonzaian:)
- maksudnya rumahtangga jenis ini merujuk kepada sikap ibubapa itu sendiri yang tidak memberi peluang kepada anak2 menonjolkan diri, ibubapa tidak memberi peluang kepada anak2 memberikan pendapat masing2. Contohnya: anak2 di rumah menunggu ketibaan ayah atau ibu pulang dari tempat kerja,ibu ayah pulang dalam keadaan penat,anak2 pula ingin berborak mengenai keadaan mereka di sekolah,ibu ayah,terus membonzaikan percakapan mereka dengan mengatakan ibu ayah penat,tolong duduk diam,bila anak2 nak bercerita,ibu ayah buat tak layan,terus membonzaikan pemikiran mereka,bila anak2 menunjukkan hasil tulisan,lukisan,aktiviti ibu ayah tidak menghargainya terus membonzaikan keyakinan diri anak2.tindakan ibu ayah begini akan berterusan dan anak2 juga akan terus membonzaikan diri mereka dari segala segi, samaada, keyakinan diri,kebolehan diri sehingga dewasa.

3. RUMAHTANGGA PENTERNAKAN
- jelas sekali maksudnya:)ibu ayah hanya tahu buat anak sahaja, tidak menghiraukan tahap perkembangan anak2. Tidak berusaha untuk mengharmonikan keluarga, anak2 bebas untuk melakukan apa sahaja, cthnya: makan depan tv,tidur depan tv,belajar depan tv,balik rumah tak kisah pukul berapa,tidak ada jadual belajar,tidak sembahyang,tidak ada aktivti bersama keluarga,tidak berbincang sesama ahli keluarga, tidak boleh bertolak ansur. Kesimpulannya keluarga ini tidak ada peraturan khusus dalam memantau perkembangan anak2

Pada pendapat saya ibubapa tidak ada hak untuk mengabaikan anak2,anak2 anugerah Tuhan,anak2 bagai kain putih, tanggungjawab ibubapa bagaimana mencorak mereka,tanggungjawab ibubapa mendidik anak2,hargailah pendapat anak2......insyaallah kita sentiasa ingin menjadi ibu dan ayah terbaik di mata anak-anak....



No comments:

Post a Comment