Thursday, March 24, 2011

Kasih seorang abah dan suami

Assalamualaikum...
Kali ni saya nak berkongsi cerita mengenai suami saya. Saya sangat bersyukur dan berasa amat bertuah kerana memiliki seorang suami yang sangat memahami, penyayang, baik, suka menolong. Dua minggu lepas saya kena menghadiri kursus di Shah Alam, Sabtu dan ahad, dari pagi sampai ke petang. So saya minta suami saya untuk menjaga anak2 kami. So, dia xder masalah katanya, sebelum saya pergi saya menyediakan terlebih dahulu, pakaian dan keperluan anak2, terutamanya baby Zaqwan. Saya bagitau dia, baby Zaqwan tu, lap je la, xyah mandikan, (takut suami xpandai sebenarnya,hehehehe). Tapi, lepas pulang dari kursus, suami saya mengatakan yang dia mandikan adik Zaqwan, saya macam tak percaya plak...hehehehehe....tapi...terima kasih yang...sudi menolong untuk menjaga anak2...saya sudah boleh harapkan suami di rumah, menolong saya untuk menjaga anak2...dari mandikan anak2, pakaikan diaper anak2, pakaikan baju anak2, bagi anak2 makan, tidurkan anak2,alhamdulillah....inilah hasil pembelajaran  dan pengalaman bersama selama 6 tahun melayari bahtera perkahwinan dan ilmu2 yang kami cari dalam membesarkan anak2 kami....bagi saya, suami saya tidak ternilai, tiada tukar ganti, insyaallah kami akan berusaha membahagiakan keluarga kami, berusaha untuk kekal sehingga akhir hayat...

adik Zaqwan berak...abah tukar diaper
abang geram ngan Zaqwan...tolong menyibuk..
lap bontot adik...hehehehe

Nampak tak laptop kat sebelah tu???hehehehehehe.........sebenarnya masa ni suami saya tengah berFB, tapi dek kerana Zaqwan dah melalak punggungya tak selesa, suami saya cepat2 tukarkan diapernya, kasih seorang abah.

angah suka tolong abah buang diaper...hehehe(abaikan kain yang tak terlipat belakang tu..:))
pakai diaper..
pakai seluar...

lepas buang diaper terus sambung aktivtinya...
abang pun sibuk nak pegang adik
akhirnya abah pegang coz tak selesa ngan abang...

Saya sebenarnya bukan nak menunjuk yang suami saya ni bagus sangat, cuma nak berkongsi dengan kawan2,saudara mara, atau sesiapa terbaca blog ini, tidak salah rasanya seorang suami menolong untuk menjaga anak2...jangan pandai meminta sahaja, memberi pertolongan liat sekali, isteri duk sibuk kerja kat dapur lagi,jaga anak lagi,kemas lagi,lipat kain, basuh kain, dan sebagainya...sang suami plak sedap2 tengok tv, terbongkang tido...sedarlah wahai suami2...menolong isteri dengan IKHLAS banyak pahalanya...insyaallah kita sama2 menjadi ibu,bapa,isteri,suami yang terbaik...


No comments:

Post a Comment