Wednesday, March 2, 2011

Saya Mahu Semua Ibu Di Taska & Tadika Saya Tahu Maklumat Penyusuan Dari Blog Sarakids dan IbuCergas.com

Assalamualaikum...
wah...wah...wah...panjang sungguh tajuk kali ni....hehehehe.....sejak melahirkan anak yang ketiga ini saya begitu teruja mengenai penyusuan susu ibu...dan terasa sangat sensitif terhadap ibu-ibu yang tidak menyusukan bayinya secara ekslusif. Saya tidak mahu ibu-ibu di luar sana menjadi seperti saya. Anak yang ke3 barulah sedar betapa pentingnya penyusuan susu ibu secara ekslusif.
Kenapa tajuk di atas?Sebab:
a) Saya merupakan salah seorang usahawan taska dan tadika. Jadi saya sentiasa berhubung kait dengan ibu bapa dan kanak-kanak.Sejak saya sedar akan kepentingan susu ibu saya ingin ibu-ibu di taska dan tadika saya tahu betapa pentingnya susu ibu dalam pembentukan sahsiah diri anak itu, perkembangan anak itu, dan kesihatan anak itu sendiri. Sekiranya semua ibu-ibu di taska dan tadika saya menyusukan susu ibu secara ekslusif, saya sanggup membeli DF untuk menyimpan stok susu mereka di taska dan tadika saya demi anak mereka tersayang...wah!!!!besar sungguh impian saya kan?...hihihihi
b) Saya mahu semua anak-anak taska dan tadika saya sihat ceria dan selalu datang ke taska dan tadika bagi memeriahkan lagi serta memberi mereka peluang untuk bersosial secara sihat dengan rakan-rakan sebaya. Sekiranya anak-anak taska dan tadika hadir setiap hari dengan keadaan sihat kami semua guru-guru akan gembira bermain sambil belajar. Maka tidak adalah yang ketinggalan dalam proses pembelajaran mereka...
c) Saya mahu ibubapa sedar betapa pentingnya penyusuan susu ibu yang ekslusif bukan sekadar mengenyangkan bayi mereka tetapi merapatkan lagi hubungan anak-anak dengan ibubapa mereka, yang mana akan mempengaruhi sikap anak-anak dari kecil hinggalah besar.
e) saya mahu ibu-ibu sedar. apabila kita menyusukan anak kita secara ekslusif, ibu-ibu sendiri secara automatiknya akan sihat kerana, ibu-ibu akan menjaga pemakanan yang sihat,apa yang ibu makan,itulah yang anak makan. Apabila ibu-ibu menjaga pemakananya maka kurusla ibu-ibu secara sihat dan ia juga dapat mengelakkan kanser payudara yang kini semakin ramai menghidapinya, Sedarlah wahai ibu-ibu!!!! Lebih baik mencegah dari merawat...

   petikan dari Majalah Mingguan Wanita

d) Saya mahu ibu-ibu mendapat maklumat tentang penyusuan susu ibu dari blog yang saya cadangkan kerana mereka yang telah berjaya melakukannya telah mempunyai bukti yang kukuh!!!betapa hebatnya menjadi seorang ibu!!!


Saya bangga menjadi ibu yang boleh menyusukan anak saya secara ekslusif


Artikel ini ditulis sebab saya mengidam iPad percuma MySuperKids. Sertai Bengkel Adsense di laman web buat duit online & mulakan gaya hidup sihat dengan vitamin semulajadi ShakleeTrialPack

No comments:

Post a Comment