Monday, January 17, 2011

Pengalaman Bersalin

Assalamualaikum....
Post yang terakhir aku tulis pada bulan Ogos...dah 4 bulan lebih...bukan xnak tulis...tapi keadaan internet yang xbrapa bagus dan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan...aku mengandung anak ke-3 pada masa tu...

Aku ada cerita yang ingin dikongsikan bersama kalian semua, mengenai pengalaman aku bersalin ketiga2 anak aku...semuanya ada keunikannnya yang tersendiri.

Anak yang sulung : Amirul Zafran
6.10.2006 : pukul 12 tengah malam,aku turun darah...masa tu aku kat kampung rumah umi....kemudian umi n baba bergegas membawa aku ke hospital Machang....kebetulan pada masa itu suami aku dalam perjalanan pulang ke kampung.....sampainya aku di hospital...kntraksi bermula...sedikit....nurse check jalan...baru 1 cm...so aku kena tahan wad...malam tu aku tidur di wad bersalin hospital machang seorang diri....pada malam tersebut kontraksi semakin kerap....sakit tak terkira....pukul 6 pagi....nurse check jalan...masih lagi 1cm....aduh...sepanjang malam ada dua tiga orang dah bersalin....aku bila?Paginya masih lagi sakit...mengerang keseorangan.....tengah hari...ramai yang datang melawat....aku semakin kerap ke tandas...pukul 3.00 petang...nurse check jalan lagi.....2cm....aduh....kenapa la lambat sangat nak bukak jalannya....kalau nak diikutkan sakit tidak terkira dah....umi bawa telur ayam kampung untuk aku makan bagi memudahkan aku bersalin katanya....tak pernah2 aku makan telur ayam mentah.....malamnya aku semakin sakit...tidak terkira betapa sakitnya....selang 5 minit sakit.....9.00 malam...nurse check jalan...3cm....ya allah....betapa terseksanya aku....bila nurse tengok pad yang aku pakai....dia terkejut....aku lagi la...kenapa?aku dengan segera disorong masuk ke bilik bersalin....nurse seluk dan pecahkan air ketuban.....pusshhhh!!!!!!!!!!!pecah air ketuban bersama najis baby....warna hijau dan aku nampak....rupa2nya baby dalam perut sudah berak...dan aku terpaksa di transfer ke hospital Kota Bharu kerana di Machang tidak ada kelengkapan pembedahan....aku terpaksa dibedah emergency kerana baby sudah berak dan dikhuatiri lemas.....aku terus telefon suami aku n umi dan bagitau yang aku terpaksa dibedah dan ditransfer ke Kota Bharu....masayaallah pada masa itu....sakit yang teramat sangat...pengalaman di dalam ambulance plak xdapat dilupakan....dalam keadaan sakit aku terpaksa berpaut di palang sebelah kiri aku....sambil berbaring...dengan hujan lebat....ambulancenya laju yang amat.....sampainya aku di Hospital Kota Bharu....aku terus disorong ke bilik pembedahan....dibius separuh....aku separuh sedar....dengar para doktor bercakap tapi tidak jelas...kerana keletihan yang amat....
7.10.2006 : 12 tengah malam Amirul Zafran selamat dilahirkan.....TETAPI...dia tidak dibenarkan dibawa balik bersama dengan aku ke wad kerana dia ada masalah pernafasan. Ya Allah.....selamatkanlah baby aku...walaupun dalam keadaan sedar dan tidak sedar...aku diberitahu baby aku terpaksa dimasukkan ke inkubator di NICU.....kerana dia telah tertelan najisnya sendiri dan memasuki paru2....tuhan sahaja yang tahu perasaan aku pada masa tu....selepas 4 hari aku dibenarkan pulang...tapi baby aku xdapat pulang kerana dia masih di NICU...hidup dengan oksigen...aku dan suami bersabar menanti...akhirnya 7 hari selepas itu alhamdulillah baby aku dibenarkan pulang setelah dipastikan oleh doktor....paru2nya bersih dan alhamdulillah Amirul Zafran sihat walafiat...langsung tidak ada asma dan penyakit yang berkaitan paru2....kini dia sudah 5 tahun....dan sudah pandai berdikari...

Amirul Zafran didalam inkubator...masa ni dia sudah boleh bernafas sendiri

Zafran dilahirkan ceaseran seberat 3.4 kg..dalam inkubator

Anak yang ke-2 : Ameer Zayyad
Pada bulan Mei 2008...aku disahkan hamil.....dan tarikh due aku bersalin adalah 22.2.2009....anak yang sulung aku check up di poliklinik Yasmin TTDI....dek kerana tak nak menunggu lama di klinik kerajaan....dan bersalin di kampung, anak yang ke-2 ini aku check up di Klinik Pusrawi dan bercadang bersalin di PPUM, setelah hamil 7 bulan aku daftar di PPUM dan menempah untuk bersalin di situ...pada usia kandungan 36 minggu...aku mengalami kontraksi sedikit dan ada air keluar sedikit....lalu bergegas ke PPUM dan masuk ke bilik bersalin...setelah di check jalan oleh nurse...jalan baru bukak 1cm....dan tidak ada tanda2 hendak bersalin lalu aku dimasukkan ke wad....satu malam di sana....dan sehari selepas itu aku dibenarkan pulang...setelah pulang aku beritahu suami aku pada kelahiran kali ini aku ingin mencuba bersalin secara normal...seminggu selepas itu aku datang check up dan berjumpa dengan doktor....ketika itu aku bertanya pada doktor risiko dan peluang untuk aku bersalin secara normal....adakah ada peluang untuk aku bersalin secara normal dan akan ada kemungkinan akan berlaku seperti anak sulung aku? Doktor menjelaskan pada aku...sekiranya pada kelahiran lepas pembedahan dilakukan kerana darah tinggi,kencing manis,songsang, terbelit tali pusat....dan sebab2 lain  selain jalan xterbuka...peluang untuk bersalin normal adalah cerah....TETAPI...jika jalan tidak terbuka semasa proses kontraksi berlaku....dan terpaksa dibedah...kelahiran pada kali ini mungkin akan terjadi perkara yang sama....kemungkinan untuk jalan tidak terbuka adalah besar...dan doktor menyerahkan keputusan pada aku dan suami sama ada nak mencuba secara normal atau tidak....doktor menggalakkan aku untuk mencuba...tetapi penjelasan doktor membuat aku berfikir dua kali...aku dan suami tidak mahu menempuh kali ke-2 yang menyebabkan kelahiran dulu hampir meragut nyawa....setelah pulang aku dan suami berbincang....positif dan negatif keputusan yang akan kami buat....aku bagitau umi...dan dia menentang keras...dan menyuruh aku mencuba secara normal....setelah lama berbincang....dan aku membuat keputusan untuk request ceaseran....aku tidak mahu pisang berbuah 2 kali...dan suami aku bersetuju dengan aku....temujanji dengan doktor seterusnya menetapkan tarikh pembedahan yang akan dilakukan....4.2.2009.....aku disorong masuk ke bilik pembedahan....jiwa aku tenang pada masa itu....mungkin kerana aku sudah bersedia dari segi mental dan fizikal....langsung tidak ada perasaan gementar....tenang...setenang...tenangnya...semasa dalam bilik pembedahan....aku dibius separuh...dari pinggang ke bawah....setelah itu aku dibaringkan dan dihadapan aku di letakkan kain untuk menutup dari aku melihat proses pembedahan...memang tidak nampak tapi sebelum proses pembedahan aku dapat rasakan doktor memegang perut aku...lalu aku bertanya doktor...kenapa aku masih merasa doktor memegang perut?dan doktor menyuruh aku angkat kaki....memang xdapat angkat....so...doktor kata tak apa memang rasa tapi xsakit....aku pun ok la....ada seorang doktor di tepi aku.....memberitahu aku yang proses pembedahan bermula....dia bertanya aku ada anak brapa...tinggal kat mana..siap boleh bersembang lagi...dan setelah itu doktor tersebut memberitahu aku yang baby sudah dikeluarkan dan ditunjukkan aku...baby boy...alhamdulillah seberat 2.9kg...setelah dimasukkan ke wad....pada hari pertama...doktor mengesahkan baby aku kena kuning ataupun jaundis....tahap yang tinggi so baby aku di masukkan ke wad baby....selama tiga hari aku tidak bersama baby dan hari ke-4 aku dibenarkan keluar dan berpindah ke wad pediatrik...baby aku kena dibawah cahaya lampu ultra ungu tu....selama 6 hari.....sebab kuningnya sangat tinggi.... setelah 6 hari Ameer Zayyad dibenarkan pulang

Ameer Zayyad menunggu untuk pulang ke rumah

Anak yang ke-3 : Ammar Zaqwan
Kehamilan kali ini adalah tidak dirancang dan merupakan accident...hehehehe...tapi aku pasrah...dan terima rezeki dariNya....sudah tentulah kehamilan kali ke-3 ini aku mengharapkan untuk dapat girl...kehamilan kali ini pada usiaa kandungan 2 bulan aku ke klinik Pusrawi jalan ipoh untuk mendapat kepastian yang aku hamil...dan memang confirm aku hamil...apa yang aku tidak pasti adalah tarikh terakhir period aku...dan doktor tidak dapat jangkakan tarikh kelahirannya....aku diminta untuk membuat scan pada usia kandungan 4 bulan....pada usia kandungan mencapai 4 bulan(hanya dengan mengagak sahaja) perut aku discan dan doktor menjangkakan 14.1.2011....dan jantina xdapat dipastikan kerana masih terlalu awal.....oleh kerana makmal klinik pusrawi telah berpindah ke Hospital Pusrawi Jalan Tun Razak..aku terpaksa check darah di sana dan buat check up di klinik Pusrawi jalan ipoh...aku bertukar ke PPUM....aku mendaftar di PPUM pada usia kandungan 6 bulan dan pada bulan ke5 aku tidak check up di mana2 dan menyebabkan aku kena marah dengan nurse disana...katanya kalau tidak terjadi apa2...tak apa...tetapi kalau ada apa2 bagaimana?aku terdiam dan akui kesilapan aku...mmm...oleh kerana kedua2 kelahiran sebelum ini ceaseran...maka kali ke3 secara automatiknya memang kena ceaser.....dan aku dinasihatkan untuk mengikat tiub....dan dikehendaki untuk balik dan berbincang dengan suami......maka tarikh yang ditempah adalah 4.1.2011....diakhir temujanji dengan doktor aku memberitahu doktor yang aku tidak mahu ikat kerana masih muda....dan doktor menjelaskan risiko yang akan aku hadapi jika aku hamil sekali lagi.....dan aku terima dan redha walaupun suami aku teragak agak.....pada 3.1.2011 aku dimasukkan ke wad...untuk pemeriksaan awal...sama seperti kelahiran ke-2 dulu...doktor amik darah...check tekanan darah...kencing dan sebagainya untuk persediaan pembedahan...tengah hari itu bila diperiksa oleh doktor, aku diberitahu ada bunyi macam asma dalam paru2....dan menyebabkan doktor tidak dapat membuat keputusan sama ada akan diteruskan atau tidak pembedahan keesokan hari...pada waktu petang doktor bius datang....dan membuat check up dan membuat keputusan untuk tangguhkan pembedahan ke 5.1.2011....memang pun pada hari aku dimasukkan ke wad aku xbrapa sihat...selsema dan batuk...pagi esoknya doktor chest datang buat check up lagi...memang masih ada bunyi dan aku diberi makan ubat....nebulizer....dan pada petang itu...doktor berkira2 ingin menangguhkan lagi tarikh pembedahan aku....tapi aku memberitahu doktor yang aku sudah mengalami irregular contraction...dan doktor akan tetap meneruskan pembedahan pada 5.1.2011.....perasaan pada kali sangat berbeza dengan kelahiran yang ke 2 dulu...kali ini aku sangat takut...gementar yang amat...lalu aku berselawat tanpa henti  sepanjang perjalanan ke bilik pembedahan....sampainya di bilik pembedahan aku dibaringkan dan doktor PELATIH yang membius aku......sakitnya teramat....brapa kali cucuk....tak masuk2 biusnya....dah kasar...aduhhh...adalah dekat 10 minit juga aku duduk sambil memeluk bantal menahan kesakitan....setelah itu aku dibaringkan kembali dan seperti pengalaman lepas di hadapan aku diletakkan kain....tapi apa yang berbeza pada kali ini....aku dapat menyaksikan keseluruhan proses pemebdahan...aku dapat lihat macam mana dia toreh...gunting....seluk...dan keluarkan baby....jahit kembali...lapisan demi lapisan.....dan diakhir lapisan bius aku beransur hilang dan aku dapat merasakan kesakitan yang amat shingga aku menangis teresak-esak tanpa segan silu....akitnya yang amat....lalu doktor menambah epidural untuk menahan kesakitan shingga berakhirnya proses pembedahan....doktor memberitahu aku boleh mengandung sekali lagi.....kerana parutnya yang melekat hanya sedikit.....alhamdulillah....kesakitan kelahiran kali ke 3 secara ceaseran memang menyakitkan....dan terseksa....kalu yang ke4 tak tahulah...xdapat aku bayangkan...aku dikehendaki menjarakkan kehamilan aku yang ke 4....insyaallah...

selamat datang ke dunia Ammar Zaqwan

Wajah-wajah anak-anakku sewaktu baru lahir





wassalam...next post pengalaman cukur jambul di kl




No comments:

Post a Comment