Sunday, January 30, 2011

Breastfeeding???Yes!!!100%

Hari ni aku nak bercerita mengenai BF (breastfeeding)...sebenarnya dah lama nak bercerita mengenai tajuk ni..tapi kekurangan masa dek kerana sibuk ngan baby dan kerja2 mengepam susu...hihihihi....di awal kehamilan anak pertama aku...memang sudah ada kesedaran untuk Fully BF...tapi aku kekurangan maklumat dan juga pada ketika itu belum ada(atau mungkin x famous lagi)blog2 atau website yang bercerita mengenai BF...skang ni berlambak2 info BF ni...dan aku bersyukur sangat yang aku dah jumpa blog yang sumer info aku perlukan ada... dari alat mengepam,cara mengepam,cara menyimpan stok,berapa lama boleh simpan....sumer maklumat ada... berdasarkan pengalaman mereka sendiri...thnx a lot...
Sebelum aku cerita pasal BF anak aku yang ke 3 ni...nak citer dulu pengalaman lepas..hheehehehe..Zafran sempat Fully BF selama 5 bulan....pastu aku stat keje dan tak tahu pasal maklumat mengepam dan menyimpan stok..aku campur dengan susu lembu...di siang hari aku bagi susu formula...bila balik dari keje dalam kul 6ptg, direct BF sampai pagi esok...begitulah seterusnya sampai dia berumur 8 bulan...stop BF coz tak tahan asyik gigit jer...n thn bila stop BF dia pun stop susu...Zayyad plak sempat Fully BF 2 bulan sahaja, dek kerana kekurangan maklumat dan tidak mencari maklumat....masuk bulan ke 3 campur...siang formula...malam direct BF...sampai umur 4 bulan jer...thn terus formula jer...sebab nipple aku luka teruk dan kebetulan ada ketulan di breast sebelah kiri dan terpaksa BF sebelah kanan sahaja...AKIBATNYA...Zayyad sentiasa tidak sihat...antibodi dia tak kuat...tiap2 bulan sejak 5 bulan dia akan masuk wad dan disahkan bronkitis....dan dia terpaksa minum susu soya...sehingga dia berumur 2 tahun mengikut Dr.Ruzini dia punya paed....hati aku rasa bersalah sangat2 sejak dia disahkan bronkitis...salah aku sebab BF sekejap sangat...RASA BERSALAH YANG AMAT SANGAT...
Oleh kerana aku tak nak terjadi benda yang sama terjadi pada Zaqwan...aku berazam untuk Fully BF kat baby aku...masa mengandung aku dah godek2 maklumat tentang BF ni....persediaannya aku beli manual breast pump, dan autmnz bottle BPA free...kebetulan ada diskaun plak...hehheehh...lagipun nak beli yang mahal2 tak berapa mampu...huhuuhuh..hari ke3..aku masih di hospital...susu masa tu dah banyak....sehingga bengkak dan membuatkan aku kena pump...simpan freezer wad di PPUM..keluar wad ari ke5 aku dapat 5 bags 3oz colustrum...walaupun dalam waktu yang sama direct BF zaqwan..so masa balik umah aku bagi 5 bags colustrum tu kat angah..zayyad...dia minum...alhamdulillah....hepi sangat....so aku meneruskan mengepam sehingga ke hari ini...cuma yang merisaukan aku adalah...macam mana nak memperbanyakkan air susu...salah satu petua aku minum milo...memang ok...cuma masih xcapai target coz aku nyer target nak bagi kat angah skali....so dia xyah minum susu soya lagi....tambahan pula zaqwan kuat menyusu...dan meyebabkan nipple luka.....terpaksa selang selikan dengan stok yang aku simpan...

Jadual seharian ( tak tentu jugak...hari2 lain2 jadualnya...):
8.00 am : sesi pump 1-kadang2 dapat 4 oz :if 7am zaqwan dah menyusu...
              - kadang2 dapat 6 oz:if zaqwan xbangun menyusu lagi...
9.00 am : zaqwan minum stok susu 3 oz
10.30 am : sesi pump 2 dan zaqwan minum stok susu
12.00 pm : direct BF
2.30 pm : zaqwan minum stok susu
3.00 pm : sesi pump 3 6 oz
5.00 pm - night :Direct BF till morning

Jadual mengepam masih tak teratur coz zaqwan ni dia menyusu tak tentu masa..dan bila menyusu kejap tidur...pastu tido kejap..bangun susu balik...skang ni aku tengah usaha nak simpan stok masa stat keje nanti...dalam masa yg sama nak kena cari stok lebih tuk zayyad...

Manual breast pump

Sekali pump dapat 7oz

Stok simpanan susu dari pandangan depan

Pandangan dari atas

Gambar2 di atas adalah stok simpanan susu yang aku berjaya kumpulkan setakat ini...inipun botolnya bersilih ganti coz sehari guna stok simpanan 4 botol...sehari aku pump kadang2 dapt 4 botol x 4oz kadang2 5 botol x 3oz...

Elektrik breast pump

Plastik simpanan stok susu

Manual breast pump terpaksa ditukar ke elektrik breast pump kerana ada masalah dgn pump tu...aku terpaksa beli storage bag ni sebab nak menjimatkan ruang dalam freezer...
Perbezaan antara guna manual breast pump dgn elektrik breast pump adalah...kalo manual...tempoh masa mengepam cepat tapi lenguh tangan....hihihi...elektrik breast pump...relaks...tapi mengambil masa yang agak lama....TETAPI SECARA KESELURUHANNYA hasil mengepam tetap sama...masih 7oz...eehhmmmm.....rasa cam nak tukar manual balik plak...hahaha...

No comments:

Post a Comment