Friday, January 21, 2011

abang....angah.....acik...hahahahaa

Salam....
Pada masa ni aku tengah boring....suami n anak2 kuar gi jalan2....umah kawan dia....so tinggal aku n zaqwan...so untuk mengisi keboringan tu aku nak berblog jap....hihihihihi....sedikit luahan perasaan...
Sejak aku tahu yang aku mengandung kali ke3…aku terkedu….xterkata….macam2 bermain di kepala aku…macam mana ni?apa aku  nak buat?Zayyad kecik lagi….dapat ke aku handle nanti….cam mana ngan zayyad….apa yang bermain diminda aku ialah kesian kan zayyad…coz dia masih kecik….waktu aku disahkan mengandung dia baru berumur 1tahun 3 bulan…..suami aku juga xterkata2….mmmm…memang benar kehamilan kali ke3 ini tidak dirancang….tapi kami bersyukur diberi rezeki anak lagi…aku percaya makin bertambah anak…rezeki juga akan bertambah mencurah2…insyaallah….
Sejak aku mengandung…Zayyad seringkali meragam…benarlah kata orang2 tua2….budak2 ni tahu yang dia nak dapat adik lagi…so dia nak dapatkan perhatian dia meragamla….pada permulaanya aku boleh terima lagi…dia meragam aku dan suami bersabar….di sepanjang kehamilan aku banyak membaca…berfikir…bagaimana nak handle anak aku yang no 2 ni coz..jarak dia ngan bakal adik dia ni agak dekat jika nak dibandingkan zafran dengannya…sewaktu zayyad lahir zafran sudah 3 tahun…dan sudah pandai terima adiknya…tapi zayyad…?masih kecil dan tidak tahu apa2…
Kini waktu itu sudah tiba adik zaqwan telah lahir dan Zayyad baru berumur 1 tahun 11 bulan….apa yang membuatkan aku terkejut adalah…zayyad semakin cerdik..dia seperti tahu yang dia sudah ada adik…walaupun dia tak faham….tapi dia xmeragam seperti mana yang aku jangkakan….aku dan suami sentiasa beritahu dia…dia dah adik….dia dah jadi angah….pada awalnya kitaorang panggil dia angah dia tak menyahut…tapi lama kelamaan…dia faham…heheheheh…rasa kelakar pun ada…alhamdulillah setakat ini zayyad semakin menyesuaikan diri sebagai angah…namun dia masih lagi hendak bermanja……biasalah…dia masih kecil…
Situasi aku pada masa ni mebuatkan aku terfikir bagaimana agaknya  ibubapa yang mempunyai anak selang setahun?dapatkah mereka mengawal sosio emosi anak2....dapatkah mereka memberi perhatian yang sepenuhnya terhadap anak2?benarlah kata doktor....setiap selepas satu kelahiran jarakkan mereka paling kurang 2 tahun...xkira la bersalin normal atau ceaserean....disamping ibu boleh berehat..anak2 juga sempat bermanja dengan ibu selama dua tahun sebelum dapat adik baru.....setelah dapat adik....kita sebagai ibubapa perlu jaga emosi abangnyer...jangan sampai mereka rasa tersisih dek kerana kehadiran adik baru.....
Zafran n zayyad kini sudah boleh terima kehadiran adik barunya....sebelum pegi sekolah kiss adik dulu...balik sekolah kiss adik dulu baru salam ibu...hahahahaaha....


2 comments:

  1. ct..kisah ct ngan akak lbh krg sama aja..akak pon x budget lg nk peknen sbb time tu nyusu bdan pon x lps lagi..sian sgt..agak kerap akak nangis sorang2 sbb x sanggup tgk si adik yg x puas nysusu..kalo yg sulung dulu...abang dh nk msk 4 thn br ada adik..ni dia br umur 2 thn lbh dh dpt adik..alahai..sian sungguh si kecik tu...:)

    ReplyDelete
  2. tu la k.sha....skang ni saya tengah usaha dan cari cara terbaik macam mana nak bagi dia rasa kurang diberi perhatian....skang tengah banyak godek2 dalam blog yang ada....we want the best 4 our kidz kan?heheheehe...nanti kita leh share sama2 k...

    ReplyDelete