Thursday, April 22, 2010

Tips Memarahi Anak

Kami berjaya membawa Zafran pergi tengok wayang dan dia tidak meragam....cuma di akhir cerita maybe dia rasa lama sangat....dia meragam sket...Sebenarnya apa yang kami cuba lakukan adalah bagi menceriakan zafran...sejak dia ada adik ni dia sentiasa buat perangai untuk menarik perhatian kami...hasilnya dia sentiasa kena marah...aku cuba untuk tidak marah...tetapi kadang2 sikapnya memang mencabar aku...tetapi aku faham kenapa zafran bersikap sedemikian...dia hanya ingin menarik perhatian aku dan suami.....aku dan suami cuba untuk menjadi abah dan ibu yang terbaik bagi anak2 aku....apa yang aku dan suami praktikkkan adalah...cuba untuk tidak memenangkan abang atau adik jika mereka merebut permainan...jika salah seorang dari kami memarahi zafran....kami tidak akan pujuk terus.....sebaliknya kami akan terangkan sebab kenapa dia kena marah...dia akan faham...jangan sesekali jika anda memarahi anak....salah seorang ibu atau ayah terus memujuknya.....kesannya adalah.....dia akan sentiasa membuat salah seorang ibu atau ayah marah,,,,..kerana.....dia tahu akan ada orang yang sentiasa memujuknya...
 Terima kasih aku ucapkan pada suamiku kerana sanggup mengambil cuti nak bawak abang gi tengok wayang...Toy Story 1&2....aku...yang tak brapa minat tengok citer kartun...kena blaja2 meminatkan diri..hehehe..sebenarnya da lama perancangan aku dan suami nak bawak Amirul Zafran pergi tengok wayang...tapi..masa memang tidak menyebelahi kami...dari hari ke hari...sehingga la semalam 22 April baru dapat tengok...tu pun ingatkan boleh pakai tiket free yang kami dapat....rupanya xboleh sebab Toy Story 1&2 3D....terpaksala aku ngan suami tempah tiket lain this weekend ni untuk kami berdua sahaja...hihihhi...so terpaksala cari orang yang boleh menjaga anak2 aku di malam hari.....ingat nak bawak dua2 skali tapi takut si kecik Ameer Zayyad meragam kat dalam tu lak...
Terus terang aku bagi tahu...walaupun zafran buat perangai dia....untuk menarik perhatian kami...tapi aku sangat bangga kerana dia boleh diharap untuk take care adiknya...apa taknya....bila aku nak masak kat dapur...aku bagi makanan kat dia suruh share ngan adiknya...."adik,jom kita makan kat depan tv....abang suapkan ok?'dia akan heret adik dia pergi kat luar.....adik pun ikutla abang yang heret dia ni...haahahhaah.....alhamdulillah walaupun zafran ada perangainya, dia bagi aku ibunya,seorang yang cerdik...dengar cakap ibu dan abah....dia akan dengar jika orang sekelilingnya explain kenapa dia tidak boleh buat sesuatu yang dia nak buat....mesti kena ada sentiasa sebab....dan kita kena sentiasa mencari sebab yang sesuai dan logik...walaupun dia masih kecil don't underestimeted them....apa yang kita bagitau...lihat....dengar....mereka akan simpan diotak.....
Jadi berhati2 hati la pada ibu atau bapa ketika anda diperhatikan anak anda....jaga kelakuan anda...hehehehehe...

No comments:

Post a Comment