Sunday, April 25, 2010

Salam to everyone.....
Hari ni rasanya ingin berkongsi dengan rakan2 sekalian berkenaan bagaimana ingin merangsang perkembangan anak....perkembangan fizikal yang melibatkan motor halus dan motor kasar....saya rasa....semua ibu bapa tahu bagaimana hendak merangsang motor kasar anak2 kan?iaitu dari bukak mata,gerakkan tangan,berguling,meniarap,merangkak,duduk,berjalan,berlari,melompat,memanjat dan sebagainya....itu adalah perkembangan motor kasar yang jelas kita dapat tengok perkembangan anak2....
TETAPI....
Ramai ibu bapa yang melupakan atau terlupa atau tidak tahu pun bagaimana hendak merangsang motor halus...
saya...sebagai pendidik,pengusaha pusat asuhan dan pusat didikan sangat menitik beratkan rangsangan motor halus...saya di tadika menghadapi masalah anak2 5 tahun masih tidak dapat memegang pensil dengan betul even yang enam tahun pun masih ada masalah....anak2 yang masalah dengan perkembangan motor halus ini sememangnya kurang diberi ransangan semasa di rumah....kalau 5 tahun baru hantar tadika....mungkin masih boleh diusahakan sepanjang tahun untuk merangsang perkembangan motor halus....TETAPI...kalau anak2 6 tahun baru dihantar ke tadika atau prasekolah.....memang anak tersebut akan mempunyai masalah dari segi pelajaran...tulisan dan semuanya akan berkait....yang pasti guru2 akan dipersalahkan...kenapa anak saya tak boleh baca ni?cikgu mengajar apa?kenapa banyak sangat aktiviti bermain?kenapa bagi anak saya tengok cd?aaddduuuuuhhhhhh...pening nak menjawab bagi ibubapa yang tak faham dan tak nak faham dan tak nak belajar memahami anak mereka sendiri......

Saya ingin berkongsi cerita dan pengalaman saya sepanjang saya membesarkan 2 orang putera saya Amirul Zafran 3 tahun 5 bulan,Ameer Zayyad 1 tahun 2 bulan.....tahun ini zafran masuk ke tadika....kelas 4 tahun...kelas 4 tahun di tadika saya ada 7 budak...semuanya sebaya zafran...alhamdulillah ibubapa diorang memang berfikiran terbuka...dan banyak berkongsi pengalaman dengan saya...banyak bertanyakan tips2 berkongsi dengan anak2 di rumah....apa yang nak saya ceritakan di sini...masih ada ibubapa yang merasakan 4 tahun ,masih kecil nak belajar...ada yang berkata"tak payah la puan,anak saya tu kecil lagi,tak tahu apa2 pun,nati kalau belajar awal2 diorang akan cepat bosan"bagi saya kenyataan itu kurang tepat...kerana 4 tahun (umur ikut tahun)adalah waktu yang sesuai mendedahkan kepada anak2 'learning through playing'walaupun 4 tahun dah masuk tadika...saya pasti semua tadika swasta yang wujud di malaysia ini mempunyai silibus yang perlu diikuti.....kalau di tadika saya....4 tahun ada silibus dia....5 tahun sambung silibus dari 4 tahun...6 tahun sambung silibus dari 5 tahun....itula sebabnya rugi kalau anak2 5 atau 6 tahun baru nak hantar...banyak sangat benda yang mereka nak catch up...

Saya dedahkan zafran dengan pensel sejak dia berumur 1 tahun....bagaimana?saya bagi dia koyak kertas....gentel kertas...tampal kertas.....lukisan di dinding memang ada...tapi setiap kali dia ingin menconteng dinding saya akan bagi dia kertas....saya bagi dia 'tolong' saya di dapur....saya banyak menggalakkan dia berdikari....semua buat sendiri...hasilnya?1 tahun setengah dia sudah boleh pegang pensel dengan betul....boleh memgang sudu denga betul...makan sendiri....dengan tangan dengan sudu...

alhamdulillah sejak dia masuk tadika ni dia sudah boleh baca doa sebelum makan,doa selepas makan,doa nak tidur,doa belajar,surah al-fatihah(sudah boleh baca tapi tak berapa jelas)zikir munajat,doa masuk tandas,disamping itu juga banyak lagu2 yang dia sudah hafal....sekarang dia sudah boleh menulis tanpa titik2....sudah boleh menghafal...mengecam....dan menulis.....SAYA SEBAGAI IBU SANGAT BERBANGGA DENGAN PENCAPAIANNYA........kelebihan yang saya ada adalah saya tahu apa yang dia belajar,apa yang sedang dia belajar,apa yang dia belum belajar dan masih dalam proses.....TETAPI....pada pendapat saya walaupun ibubapa sekalian bukan guru tadika,bukan pengusaha tadika...anda masih boleh  tahu perkembangan anak anda....tak salah bertanyakan cikgu di sekolah apa yang diajar di sekolah dan buat kesinambungan di rumah......demi anak2 anda....
 proud of u my dear.....
Sekarang saya masih menyambung apa yang saya lakukan pada zafran kepada adiknya zayyad.....sekarang dia masih lagi mengoyak kertas sesuka hati dia...

insyaallah....selagi diri ini masih bernafas....selagi hayat dikandung badan......akan saya kongsikan dengan ibu bapa sekalian pengetahuan,pengalaman yang saya ada...insyaallah....

No comments:

Post a Comment