Thursday, June 2, 2011

Tidak Boleh Guna Buai Untuk Tidurkan Baby

Asslamualaikum..
Tajuk kali ini sangat tegas sebab saya sangat2 tidak menggalakkan para ibu bapa menggunakan buai untuk tidurkan anak2. Kalau la di taska memang tidak dibenarkan menggunakan buai, mana2 taska yang menggunakan buai di taska mereka,memang pasti mereka tak pernah pergi kursus KAAKK yang mana diwajibkan kepada semua pengusaha taska dan pengasuh,syarat2 JKM juga tidak membenarkan penggunaan buai di taska2 yang berdaftar.
Isu penggunaan buai ini sudah lama diperkatakan,boleh dikatakan rata2 ibu muda menggunakan buai untuk tidurkan anak2 mereka. bagi mereka mudah tambah2 sekarang sudah ada buai elektrik,yang mana ibu2 atau ayah2 atau sesape sahaja senang menidurkan bayi mereka tak perlu guna tangan,tak lenguh tangan.
TAPI TAHUKAH ANDA PENGGUNAAN BUAI SANGAT BERBAHAYA KEPADA BAYI?????

Penggunaan buai boleh menyebabkan:
1) kecederaan kepala bayi
2) mengakibatkan kerosakan pada otak bayi.
3) mengakibatkan pendarahan otak atau subdural haemorrhage.

Hakikatnya, kebanyakan kes pendarahan otak subdural yang bukan melibatkan kes penderaan boleh dikaitkan dengan penggunaan buai.Otak bayi sebenarnya terapung dalam tengkorak dan jika bayi digerakkan dengan kuat, otak akan bergerak pada hala yang bertentangan dengan tengkorak.Akibatnya, saluran darah yang bersambung pada permukaan otak ke tengkorak pecah menghasilkan pendarahan otak subdural.
Henjutan buai yang perlahan-lahan itu tidak berbahaya tetapi pergerakan melantun buai dengan springnya menghasilkan pergerakan atas bawah seolah-olah seperti menggoyang bayi dalam tangan dengan kuat, menghasilkan kecederaan yang sama.Ada juga bahaya yang lain seperti tercekik atau strangulation. Bila bayi sudah mula memusing badan ia mungkin terjaga dari tidur, memusingkan mukanya ke bawah dan leher boleh tersepit dalam lipatan kain buai, dan juga ada kes bayi meninggal disebabkan tercekik susu,SEBAB???susukan bayi dalam buai,pastu tak sendawakan coz baby terus tertidur....ditambah pula dengan hayunan buai yang bagai nak terbang,mana tak tercekik susu???

Saya pasti memang ramai ibubapa yang sedar dan tahu tentang penggunaan buai ini,tapi ramai yang mengabaikannya disebabkan memudahkan ibubapa dan pengasuh. Even makcik saya sendiri kelima2 anaknya menggunakan buai,dan dia kataxder apapun,sihat je anak dia,terus terang saya katakan kalau tak kena tak apa,kalau dah kena menyesal tak sudah,lebih baik ibubapa berhati2 sebelum kena.

Kebanyakn ibu2 muda yang terpengaruh untuk gunakan buai sebab dalam pantang,mak2 kita bagitau,baby nak tidur dalam buai tu...beli la buai,bila dah guna baby pun belajar la,setiap kali nak tidur kena buai jugak,kalo tak tak tido.....pengalaman saya sendiri pun macam tu masa anak pertama,40 hari 40 malam baby saya menangis setiap kali nak tidur,apalagi dek kerana kurang pengetahuan kami beli buai,bila dah balik kl,agak susah tuk bergerak ke sana sini dek kerana buai, dan juga tentang pembacaan penggunaan buai yang berbahaya, saya terus berhentikan penggunaan buai dan saya beli baby coat,pada awalnya agak susah nak tidurkan dia dengan hanya menepuk, tapi masa tu saya ada hantarkan ke taska dan mereka tidak menggunakan buai,mereka ajar saya bagaimana nak menepuk anak saya sehingga tidur,alhamdulillah anak saya belajar tidur sendiri dari hari ke hari....sehinggalah sekarang anak ke3,saya tidak menggunakan buai walaupun ada desakan dari ibu2 yang berpengalaman,ibu2 beranak 4,5....kita sebagai ibubapa, perlu sabar dengan kerenah anak2 yang susah tidur,kita kena banyak belajar,banyak bertanyakan pada pakar2,banyakkan membaca....insyaallah...kita lakukan yang terbaik untuk anak2...


Entry ini hanyalah pendapat saya, terpulang kepada ibubapa semua untuk menilainya....

4 comments:

  1. salam. nak tanya, macam mana cara yang betul nak tepuk baby bagi dia senang tido?

    ReplyDelete
  2. anak2 saya saya ngiring belah kanan macam sunnah rasul tidur ulik dgn alunan zikir / selawat sfifa apa2 la yg mengingatkan ALLAH bukan lagu lagu dongeng :)....

    ReplyDelete
  3. zaman sulu semasa mak kita tidurkan kita.majoriti guna buaian...apa2 cara pun if xd pantauan dr mak ayah akan jd bahaya..

    ReplyDelete
  4. Mcmne cr tidur tepuk 2 yg berkesan ye

    ReplyDelete