Friday, May 7, 2010

Rekod Aktiviti Harian di Nursery

Hari ni aku rasa nak berkongsi ilmu dengan semua...salah seorang rakan aku (mycoursemate,myroomate) masa kat UPM dulu ada bertanyakan aku berkenaan bagaimana kami menjalankan perkhidmatan kami di nursery,coz anak dia ada problem with e nursery..then aku terfikir adakah apa yang aku buat di nursery aku selama ini...inilah gunanya....bagi semua ibu atau bapa yang hantar anak ke nursery...pasti semuanya nak tahu bagaimana perjalanan harian anak2 kan...semua tu di nursery aku rekod...contoh staff aku buat rekod adalah:

REKOD AKTIVITI HARIAN
Ini rekod baby 1 tahun 3bulan
Baby yang sudah berjalan dan sudah pandai membuat aktiviti fizikal
ini rekod baby 6 bulan
Baby yang sudah boleh meniarap dan mengesot serta sudah boleh makan bubur

Ini rekod baby 5 bulan
Baby masih lagi berbaring dan tidak banyak aktivti yang  dijalankan

Rekod semua baby bawah 2 tahun dibukukan

Department baby bawah dua tahun ada 2 rekod yang cikgu kena catit.
i) Rekod Aktiviti Harian
ii) Rekod Perkembangan

Kedua2 rekod ini adalah berbeza yang mana Rekod Aktiviti Harian ini adalah dicatit setiap hari...ia adalah berkenaan berapa kali nak kita tido...berapa kali anak kita makan...n berapa kali anak kita tukar dypers...alhamdulillah kat nursery saya masih tiada komplen berkenaan dengan anak2 diorang...

Rekod Perkembangan adalah lebih kepada peningkatan perkembangan bahasa,fizikal dan sosio emosi anak2 ketika di nursery..ia direkod seminggu sekali...

Buku rekod ini kami tidak tunjukkan pada parent melainkan ada parent request nak tengok aktiviti harian anak2...baru lah kami tunjukkan...ini menunjukkan keprihatinan parent pada anak2 diorang...

Kesemua buku rekod akan dihantar kepada aku setiap hujung bulan...yang mana aku akan semak setiap rekod yang dicatit adalah seperti yang aku hendak...alhamdulillah staff2 aku semakin memahmi apa yang aku mahukan dari diorang dan semuanya memberi kerjasama yang baik...

Kepada semua rakan,ibu,bapa,mama,mummy,ayah,daddy,abah....walaupun anda sibuk seharian di pejabat atau di sekolah...cuba2lah tanya pengasuh atau guru apa yang anak2 buat sepanjang hari di nursery atau di tadika....tolong la ambil berat pasal perkembangan anak2...jangan ambil sambil lewa...masa baby jer nak tahu perkembangan anak...anak yang pertama jer sibuk nak tahu perkembangan...anak yang ke2?ke3?...takper..saya dah tahu dah...ini jawapan parent yang dah ada anak 2 3 orang...jangan abaikan emosi anak anda...hargai la anak2...hargai la kerja2 pengasuh di taska...

Bagi aku kedua2 rekod ini sangat penting di mana2 Taska perlu mencatitnya...ini adalah bukti kepada parents bahawa pengasuh2 menjalankan tugas dan anak2 kita terjaga...

wassalam...:)

No comments:

Post a Comment