Tuesday, June 21, 2011

Teluk Dalam Resort Pulau Pangkor part 2

Part 2 ni nak bercerita pasal kami pergi snorkelling, kami menaiki bot keliling 3 pulau, satu pulau berbentuk ikan paus,1 pulau berbentuk buaya, satu pulau lagi tempat snorkeling, gambar sempat capture yang pulau ikan paus jer,yang lain guna hp adik saya, coz saya duk sibuk memegang zaqwan dengan eratnya,mana taknya, tukang bawa bot tu,laju gila,apa tu orang panggil...willy...hahahahaha...xtahula nak eja....kami dalam bot menjerit sekuat hati...katanya xsah kalo tak willii naik bot......hehehehehehe.....
 subhanallah!!!!ciptaan tuhan.....
 gelagat anak-anak dengan aunty n uncle
 zafran n zayyad
ma(mak mentua)umi(my mom)
 tok mi n cucu2nya...
 adik zaqwan hilangkan dahaga,sebelum ibu turun menyelam...(ahaks...yo o je menyelam)
 ma dengan anak manjanya...ahaks:)
semua duk sibuk tengok ikan kat dalam tu
 batu yang dikutip di dasar laut...
 menyelam ala ala profesional gitu...ahaks:)
aunty ni main kat gigi2 air jer
 adik saya yang bongsu...pok su
 abah dengan hero2nya
 kena paksa bergambar
 abang...superman!!!!!!!!
angah...yea!!!!!
 Chi Qa yang sporting...aunty yang cool....sama ngn angah
 sayang.....adik zaqwan
 uncle...siap pakai sunblock lagi...hua...hua...hua...
 adik zaqwan yang cute....
anak ibu...sama tak????:)

gambar yang last ni kitaorang dah bersiap sedia nak balik,waktu lebih kurang pukul 1.Kami kat sana dalam 3 jam lebih....syokk...woooo....adik Zaqwan plak sporting ari tu....lepas ibu bagi minum susu...terus tertido.....bila dah nak balik baru merengek nak susu....sempatla ibu mandi manda sambil snorkeling....next entry gelagat anak2 mandi pantai....:)

Monday, June 20, 2011

Solid food

dari susuibu.com

Peringkat pemakanan bayi
Peringkat 1 (5-7 bulan)
 Pada peringkat ini, makanan yang paling sesuai diperkenalkan ialah buah-buahan. Buah-buahan yang sesuai ialah seperti epal, pear, tembikai, pisang, betik, mangga (pastikan tidak ada serat yang diberikan sekali dengan cara menapis buah mangga terlebih dahulu).
� Beri bayi satu jenis buah atau satu tekstur buah yang sama pada satu masa sahaja supaya bayi boleh memahami rasa dan tidak keliru.
� Buat permulaan, beri bayi makan sehari sekali (lunch- antara 11.30 hingga 12.30 tgh). Kemudian boleh ditambah kepada 2 kali sehari (lunch dan dinner- antara 5.30 � 6.30 petang). Selepas dari waktu tersebut, tidak perlu beri makan kepada bayi, memadai dengan susu sahaja.
� Cara penyediaannya fruit puree ialah seperti berikut:
1. Potong buah kepada kiub-kiub kecil dan rebus atau steam buah-buahan tersebut sekejap sahaja (1-2 minit).
2. Lenyekkan atau blender buah.
3. Buat permulaan, beri bayi makan 2,3 sudu sekali makan sahaja dan tambahkan sedikit demi sedikit pada hari berikutnya.

Peringkat 2 (8 � 11 bulan)
Bentuk makanan yang sesuai adalah sayur-sayuran seperti bayam, saleri (boleh membuatkan makanan menjadi wangi dan menyelerakan) sawi, carrot, brokoli, labu, keledek dan kentang.
Boleh beri bayi makan campuran sayur-sayuran yang direbus atau di steam sahaja atau boleh juga ditambah ke dalam bubur nasi.
Pastikan sayur-sayuran tersebut separuh masak sahaja bagi memastikan vitamin dan khasiatnya tidak hilang.
Ikan bilis, ayam atau ikan salmon juga boleh ditambah ke dalam bubur. Pastikan bubur dilenyek atau diblender terlebih dahulu.

Peringkat 3 (12 � 18 bulan)
Pada peringkat ini, air kopi, teh, dan kekacang masih belum sesuai diberi.
Jus buah-buahan yang segar seperti oren atau apple boleh diberi kepada bayi tetapi pastikan dicampur dengan banyak air masak.
Yogurt buah-buahan bukan citrus boleh mula diberikan kepada bayi sebagai campuran ke dalam fruits puree atau dimakan begitu sahaja semasa tea time.
Apabila bayi mencapai usia setahun, bilangan waktu makannya bertambah kepada 4 kali (breakfast, lunch, tea dan dinner). Contoh makanan yang sesuai:
� Breakfast (7.30 � 8.30 pagi): Sekeping roti bakar @ cereal+susu (nestum, cornflakes)
� Lunch (11.30 � 12.30 tgh): Nasi panas+sayur yang dipotong halus+ikan salmon@ayam
� Tea (3 � 4 ptg): Fruits puree + yogurt
� Dinner (6 � 6.30 ptg) : Keledek + kentang + carrot + daun saleri yang direbus sekejap, digaul bersama dan dilenyek.

Teluk Dalam Resort Pulau Pangkor part 1

Cuti sekolah seminggu yang lepas,kami sekeluarga ke Pulau Pangkor,dah lama merancang, alhamdulillah tercapai impian nak bercuti bersama keluarga:)perkhidmatan yang kami terima sepanjang di Teluk Dalam Resort sangat menggembirakan kami sekeluarga, sampai di jeti,staf mereka mengangkut beg kami dari bonet kereta, mengangkut ke atas feri, sampai di resort terus dihantar ke chalet...ffuuuhhhhhh...sangat2 gembira...kami tak perlu berpeluh mengangkat beg.....semasa pulang juga begitu,diangkutnya beg dari chalet, naik keatas feri, terus sampai ke jeti lumut dan sehingga ke bonet kereta kami.....sangat2 puas hati:)

 abang with ibu...:)
 Chi Qa with angah:)
 Adik Zaqwan n ibu di jeti Lumut
Beg2 kami:)

 bergambar sebelum naik feri
 abah dengan penjual tiket
 gelagat angah yang cute
my sister n her hubby:)n my mom at the back;)
 gelagat anak2 di dalam feri
 zayyad yang cool,zafran tersengih
my mom n my mother in law:)
 bas mini khas Teluk Dalam Resort
ambik gambar sendiri:)
 our chalet
 nice...
:)
 adikku...cepat2 dapat baby:)
 snorkelling time
 my family
adik2ku...
 wif my hubby
 Zaqwan wif Chiqa
aunty suka melayan angah..:)
Pada masa ni kami bersiap sedia nak bertolak menaiki bot mengelilingi pulau, dan terus ke pulau tempat snorkelling. Pada masa ni saya tak dapat menjangkakan bagaimana nanti nak snorkelling,nak menyelam pun tak pandai....ni nak snorkelling...HAHAHAHAHA....rasa teruja sangat2....hehehehehe......next entry k:)


Saturday, June 4, 2011

Peringatan Untuk Diri Sendiri

Power PumpingApa itu Power Pumping?
Merupakan teknik mengepam yg boleh membantu meningkatkan penghasilan susu. Ia melibatkan teknik dan setup mengepam yg biasa tapi dlm cara yg lebih unik. Ideanya adalah utk meniru bayi menyusu secara x langsung meningkatkan bekalan susu ibu.

Siapa yang perlukan Power Pumping?
1. Ibu yang ingin menyusukan anak angkat – ...teknik ini digunakan untuk rangsang penghasilan susu
2. Ibu yg ingin relaktasi/ menyusukan semula si anak setelah berhenti menyusukan
3. Ibu yg kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakan semula susu – akibat drpd perubahan hormon, period, kurang mengepam etc.

Macam mana nak buat Power Pumping?
Untuk Single pump – pam kanan dulu 10 minit, kendian pam kiri plak 10 minit, tukar plak ke kanan 10 minit dan seterusnya, bertukar2 setiap 10 minit berterusan selama sejam.
Untuk Double Pump – Pam kedua2 belah serentak selama 10 minit, rehat/ stop pam 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam.
Disarankan buat power pumping ni sekali sehari, seelok2 nya waktu mlm ke subuh, sbb hormon susu sgt tinggi waktu ni.

Berapa lama masa diambil untuk dapat hasilnya?
MOmies jgn ingat sekali buat terus susu jadi banyak yer. Power pumping perlukan masa sekurang2nya 1 minggu! Walaupun pada hari pertama hasil pam setitik dua atau ‘pam angin’ semata2, teruskan misi sehingga dpt hasil yg dikehendaki. Jangan putus asa, usaha, doa dan tawakal, insyallah dipermudahkan olehNYA…amin.

Thursday, June 2, 2011

Tidak Boleh Guna Buai Untuk Tidurkan Baby

Asslamualaikum..
Tajuk kali ini sangat tegas sebab saya sangat2 tidak menggalakkan para ibu bapa menggunakan buai untuk tidurkan anak2. Kalau la di taska memang tidak dibenarkan menggunakan buai, mana2 taska yang menggunakan buai di taska mereka,memang pasti mereka tak pernah pergi kursus KAAKK yang mana diwajibkan kepada semua pengusaha taska dan pengasuh,syarat2 JKM juga tidak membenarkan penggunaan buai di taska2 yang berdaftar.
Isu penggunaan buai ini sudah lama diperkatakan,boleh dikatakan rata2 ibu muda menggunakan buai untuk tidurkan anak2 mereka. bagi mereka mudah tambah2 sekarang sudah ada buai elektrik,yang mana ibu2 atau ayah2 atau sesape sahaja senang menidurkan bayi mereka tak perlu guna tangan,tak lenguh tangan.
TAPI TAHUKAH ANDA PENGGUNAAN BUAI SANGAT BERBAHAYA KEPADA BAYI?????

Penggunaan buai boleh menyebabkan:
1) kecederaan kepala bayi
2) mengakibatkan kerosakan pada otak bayi.
3) mengakibatkan pendarahan otak atau subdural haemorrhage.

Hakikatnya, kebanyakan kes pendarahan otak subdural yang bukan melibatkan kes penderaan boleh dikaitkan dengan penggunaan buai.Otak bayi sebenarnya terapung dalam tengkorak dan jika bayi digerakkan dengan kuat, otak akan bergerak pada hala yang bertentangan dengan tengkorak.Akibatnya, saluran darah yang bersambung pada permukaan otak ke tengkorak pecah menghasilkan pendarahan otak subdural.
Henjutan buai yang perlahan-lahan itu tidak berbahaya tetapi pergerakan melantun buai dengan springnya menghasilkan pergerakan atas bawah seolah-olah seperti menggoyang bayi dalam tangan dengan kuat, menghasilkan kecederaan yang sama.Ada juga bahaya yang lain seperti tercekik atau strangulation. Bila bayi sudah mula memusing badan ia mungkin terjaga dari tidur, memusingkan mukanya ke bawah dan leher boleh tersepit dalam lipatan kain buai, dan juga ada kes bayi meninggal disebabkan tercekik susu,SEBAB???susukan bayi dalam buai,pastu tak sendawakan coz baby terus tertidur....ditambah pula dengan hayunan buai yang bagai nak terbang,mana tak tercekik susu???

Saya pasti memang ramai ibubapa yang sedar dan tahu tentang penggunaan buai ini,tapi ramai yang mengabaikannya disebabkan memudahkan ibubapa dan pengasuh. Even makcik saya sendiri kelima2 anaknya menggunakan buai,dan dia kataxder apapun,sihat je anak dia,terus terang saya katakan kalau tak kena tak apa,kalau dah kena menyesal tak sudah,lebih baik ibubapa berhati2 sebelum kena.

Kebanyakn ibu2 muda yang terpengaruh untuk gunakan buai sebab dalam pantang,mak2 kita bagitau,baby nak tidur dalam buai tu...beli la buai,bila dah guna baby pun belajar la,setiap kali nak tidur kena buai jugak,kalo tak tak tido.....pengalaman saya sendiri pun macam tu masa anak pertama,40 hari 40 malam baby saya menangis setiap kali nak tidur,apalagi dek kerana kurang pengetahuan kami beli buai,bila dah balik kl,agak susah tuk bergerak ke sana sini dek kerana buai, dan juga tentang pembacaan penggunaan buai yang berbahaya, saya terus berhentikan penggunaan buai dan saya beli baby coat,pada awalnya agak susah nak tidurkan dia dengan hanya menepuk, tapi masa tu saya ada hantarkan ke taska dan mereka tidak menggunakan buai,mereka ajar saya bagaimana nak menepuk anak saya sehingga tidur,alhamdulillah anak saya belajar tidur sendiri dari hari ke hari....sehinggalah sekarang anak ke3,saya tidak menggunakan buai walaupun ada desakan dari ibu2 yang berpengalaman,ibu2 beranak 4,5....kita sebagai ibubapa, perlu sabar dengan kerenah anak2 yang susah tidur,kita kena banyak belajar,banyak bertanyakan pada pakar2,banyakkan membaca....insyaallah...kita lakukan yang terbaik untuk anak2...


Entry ini hanyalah pendapat saya, terpulang kepada ibubapa semua untuk menilainya....

Monday, May 23, 2011

Toilet Train

Assalamualaikum...
Post kali ni berkenaan dengan toilet train,Ameer Zayyad yang berumur 2 tahun 3 bulan.MMmmm....cam mana nak mula yer....pada awalnya saya rasa terlalu awal nak toilet train kat Zayyad ni...tapi dia sendiri dah menunjukkan minat untuk tidak memakai dypers...bangun pagi jer (kul 6 pagi dah bangun...teman ibu siapkan sarapan,beg2 sekolah bagai) "bu,angah nn..cing..."terus nak bukak seluar n diaper...seminggu jugak la dia begitu...then saya relize yang dia dah bersedia untuk toilet train...so stiap hujung minggu...siang hari memang tak pakai diaper....malam nak tidur baru pakai...kalo keluar jalan pakai la...takut terkencing and poo poo dalam kete lak...hehehehhe;)
Zafran dulu 3 tahun lebih baru bersedia latih tak pakai diaper...tu pun banyak kali jugak terbabas...hehehehe...masuk 4 tahun malam latih tak pakai diaper malam...so alhamdulillah skang 5 years dah tak pakai diaper waktu malam pun....
Zayyad punya plan nak latih dia sekarang,then 3 plus latih tak pakai diaper malam....try and error....heheehehhe
Semalam saya bagitau kat cikgu di taska yang zayyad dah boleh cakap kalo dia nak kencing n poo poo kat rumah...so saya minta dorang train kat sekolah plak cam mana....then resultnya?BERJAYA!!!siang hari semalam zayyad cakap bila dia nak kencing n poo.poo...so kena tengok dalam minggu ni plak cam mana...berjaya atau tidak di taska....hehehehe...tak sabar rasanya...

PENDAPAT SAYA
1. kenapa Zayyad lebih cepat menunjukkan tahap kesediaan untuk toilet train?
- konsep peniruan....dia meniru abangnya yang kencing and poo poo dalam tandas...bukan dalam diaper..so that's y la dia cepat belajar
2. Bila boleh start Toilet train?
- bila2 dia bersedia,dia akan menunjukkan reaksi ketidakselesaan bila kencing or poo poo dalam diaper,dia akan cepat2 nak tukar diaper..walaupun zayyad agak lambat dari segi perkembangan bahasanya saya latih dia untuk sentiasa cakap bila kencing or poo poo...hasilnya alhamdulillah dia dah boleh cakap walau hujung2 jer...hehhehehe
3. Macam mana nak train?
- peringkat permulaan saya tidak pakaikan dia diaper, setiap sepuluh minit saya tanya dia nak kencing or nak poo poo ker...dia cakap tak nak...setiap setengah jam saya akan bawa dia ke tandas, kencing or poo poo...kalo dia kencing....puji dia...."yea...angah pandai!!!"beri galakan pada dia dan nyatakan betapa pandainya dia kencing dalam tandas....kadang2 dia akan ter poo poo sendiri,then saya jelaskan pada dia,tadi dia poo poo....untuk mengelakkan dia keliru dan dapat membezakan bila nak kencing n bila nak poo poo...
4. Kalau TERBABAS?
- hhahhahahaha...dulu masa zafran selalu gak terbabas...suami saya tak nak ambil pot masa tu,so saya la yang uruskan,tapi sekarang ni dah lain dah dek kerana saya nak kena uruskan si kecik lagi...dapatla kerjasama dari suami...tq2....untuk keselamtan kalau zayyad terbabas....saya pakaikan dia spender abang dia...hahaha...kalau poo poo pun xder la terus jatuh ke bawah....ada penampung...HAHAHAHA

Ini semua adalah pendapat saya berdasarkan pengalaman saya dengan anak yang sulung dan dipraktikkan pada anak ke2....hehehehe...cuma yang ke2 ni cepat sikit coz of adanya konsep peniruan dalam diri dia...suka tiru apa jua yang abangnya buat...


selamat mencuba pada kengkawan yang terbaca blog ni....hehehehe



*bahagia rasanya melihat anak2 membesar dengan cepat

Tuesday, May 10, 2011

Kebanggaan seseorang bergelar ibu...

Asslamualaikum...
Saya sangat beruntung kerana mempunyai pekerjaan sekarang, saya sangat cinta,sayang dengan pekerjaan saya,yang mana saya boleh melihat perkembangan kanak2 dari lahir hinggala besar....saya beruntung sebab saya boleh lihat perkembangan anak-anak saya di sekolah (taska 7 tadika)dan dirumah...saya mempunyai peluang tersebut....dan saya sangat menghargai pengalaman yang saya ada untuk dikongsikan bersama rakan seperjuangan...
Pagi tadi,saya memeriksa lesson plan anak-anak taska tadika saya yang dibuat oleh cikgu2 mereka, di taska saya guru2 diwajibkan membuat satu aktiviti setiap hari untuk baby 2 bulan-6 bulan,7 bulan-12 bulan,1 tahun,2 tahun dan 3 tahun,setiap umur mempunyai aktivti yang berbeza....setiap hujung minggu guru2 perlu menghantar rangka lesson plan untuk minggu hadapannya...so...setiap minggu saya akan memeriksa aktiviti yang akan dijalankan di taska...samada sesuai atau tidak mengikut peringkat umur diorang... alhamdulillah... guru2 memberi sepenuhnya komitmen...terima kasih semua....setiap hujung bulan pula saya akan memeriksa buku lesson plan yang mana setelah aktiviti dijalankan...apa feedback anak2...samaada anak-anak bagi kerjasama atau tidak, seronok, ataupun tidak..
Sebenarnya  nak cerita pasal ZAfran.anak sulung saya yang berumur 5 tahun...kiranya dah masuk tadika sejak umur 4 tahun lagi...masa 4 tahun dia langsung tidak menunjukkan minat kepada belajar....ada jer alasan dia...penat la...ngantukla...cikgu2 akan terus berusaha untuk memujuk dia menyiapkan tugasan....naik risau saya dibuatnya...TAPI....alhamdulillah menurut feedback guru2 yang mengajarnya...zafran dah banyak berubah...mindanya sudah bersedia untuk belajar...saya juga diberitahu dia banyak membantu rakan2 lain yang ketinggalan....xterkata rasanya....
berdasarkan summary lesson plan guru saya Shirin Ferdous...banyak pujian dan kata2 semngat yang diberikan pada zafran...alhamdulillah...

komen cikgu shirin
setiap perkembangan anak2 berbeza...ada yang cepat...ada yang lambat....yang cepat ada kelebihannya tersendiri...yang lambat pun ada kelebihannya tersendiri..dont' underestimate our child...


peace...


wassalam