Wednesday, May 26, 2010

Zayyad tidak lena tidur

Di waktu ini 9.36 pm..di hospital Pusrawi...zayyad sudah menidurkan diri...tapi dalam keadaan kesakitan..saya semakin risau dengan keadaan zayyad ari ni...sejak dari semalam lagi dia cirit birit....semalam makan tak berapa nak...arini makan ok sket...tapi apa yang saya tak tahan bila dia cirit...dia akan menangis....i need to wake up to change his diapers...risau takut dia lagi sakit....punggungnya merah sangat2...saya yang menengoknya pun gerun..apatah lagi dia yang menanggung...Allahuakbar.....malam tadi hamper 8 kali tukar diapers dia....8 kali juga la dia menangis meraung....ibu terpaksa dik...kalau tak adik lagi pedih...ibu kena berjaaga sepanjang malam...arini keadaan dia masih sama seperti semalam....setiap kali cuci n tukar diapers...dia akan meraung takut...bila nak letak ubat menggelupur kesakitan...sory dik..kena letak ubat nanti susah nak baik....malam ni ibu get ready nak berjaga jugakk...walau mata dah nak tertutup ni......ibu tahu adik akan sedar kalau adik cirit...harap2 esok adik makin baik...so esok boleh discharge...insyaallah....

Kenangan di dalam wad

Tak banyak nak cerita this time....just nak share beberapa gambar sepanjang zayyad didalam wad

                                           ini masa 1st time dalam wad HKL umur 4 month

They letak wayar oksigen sepanjang masa coz masa tu...mana2 baby yang masuk wad bcoz of kahak dalam paru2....sumer akan pakai that wayar....sian kat dia masa tu....dah la sallotape tu kuat sangat gamnya...setiap kali nak bukak kena basahkan.....sampai merah2 pipi zayyad masa tu....kulit baby masa tu kan sensitif sangat.. 

                                              kebetulan masa ni abah zayyad plak sakit mata :)
Yang baiknya masa tu abah sorang jer yang kena....ibu...abang .....adik...sumer tak kena...:)tapi kali ni abang yang kena sakit mata dulu....pastu ibu...then adik...:)                       


ini 1st time masuk wad kat pusrawi...siap pakai baju cute ni...:)

nebulizer kali pertama....sian adik....kena bungkus

zayyad kena masuk dripp coz dia cirit birit....

dah bukak drip but still have that jarum...kena masuk antibiotik...

walaupun dalam wad...kena drip..tapi zayyad masih aktif....

Gambar yang di uploadkan di sini adalah gambar yang diambil kali pertama dan kedua masuk wad....then lepas tu...tak amik dah....bz duk jaga dia...walaupun zayyad always masuk wad...and always demam...but i know he's very strong...dia seorang baby yang sangat kuat....kalau sakit...menangis sekejap saja...then ok...doktor Ruzini siap bagitau lagi yang zayyad ni jenis budak baik....coz walaupun dia sakit....dia tak banyak ragam....dia tak tunjuk dia sakit...that's y di awal kemasukan wad pusrawi dulu...susah nak detect dia sakit dia....saya setuju dengan pendapat Dr....memang sepanjang 4 kali dimasukkan wad....memang zayyad tak banyak meragam.....sangat aktif....suka main...
sekarang ni...sewaktu menulis this coretan ni....badan zayyad agak panas...tak tahu lak...tetiba jer panas...need to inform nurse...okies...:)

Tuesday, May 25, 2010

Hospital Pusrawi Jalan Tun Razak

Hari ini (26.5.2010) adalah hari ke-4 anak kecil saya Ameer Zayyad di Hospital Pusrawi. Dia dimasukkan pada petang 23.5.2010 (Ahad) disebabkan batuk dan selesema yang sudah berlarutan sejak sebulan lalu..sepanjang sebulan yang lalu 3 kali saya bawa Zayyadke hospital dan klinik...dan doctor hanya membekalkan ubat batu,antibiotik,selsema,cair kahak...those thing kadang2 saya rasa macam tak nak bagi sangat coz dia masih baby n risau takut effect kat buah pinggang dia...tapi kalau tak bagi ubat lagi teruk...disamping itu Zayyad juga sudah hampir 5 bulan menggunakan 'inhaller'(dun know how to spell)sejak dia dimasukkan ke hospital bulan januari lepas...

Sejarahnya...kenapa hospital pusrawi?Pada umur 4 bulan...dia sudah dimasukkan unit pediatrik HKL disebabkan kahak dalam paru-paru.....sepanjang 4 hari 3 malam di dalam wad....sangat menyiksakan saya....keadaan pesakit kanak2 yang ramai...jururawat yang garang....bila kita panggil nak tanya...datang dalam keadaan merengus.....sangat2 tidak mesra alam...malam pertama dan kedua duduk ward depan....lebih kurang ada 10 katil...malam last kena pindah katil kul 1 pagi...pindah ward paling belakang...selepas checkout that day..saya bincang ngan suami..that zayyad need insurance...perasaan masa tu zayyad akan kena lagi coz dia just a little baby that time.....one week after that we take medical insurance for zayyad...BSN Prudential Takaful...with kawan lama dia...Haji Rosli...zafran juga dimasukkan insurance yang sama....just incase kalau ada apa2.....my opinion that insurance diperlukan oleh semua orang...tak kira la...orang ada duit ker...xder duit ker...yang pasti orang yang tak berapa senang macam saya ni memang perlukan insurance...

4 bulan kemudian (bulan 10 2009) zayyad demam lagi...2 minggu berturut2....makan ubat demam langsung tak kebah...saya sangat risau masa tu....masa majlis sambutan besday zafran...zayyad masih demam...malam tu kul 9 malam kami bawa dia ke Klinik Idzham berdekata dengan rumah...jumpa Doktor Jani....dia check..then zayyad kena masuk wad...coz dia risau that takut pneumenia(jangkitan kuman dalam paru2)...dapat surat dari dia...kami terus ke Hospital Pusrawi yang mana insurance cover kalo masuk wad..jumpa doktor...terus admit wad...ambil darah...n x-ray....

Esoknya dalam wad Ar-Raihan jumpa pakar pediatrik Doktor Ruzini that she told me yang Zayyad kena Bonkitis tahap yang tinggi...katanya ciri2 bronkitis tahap tinggi ni susah nak pecah kahak dalam paru2....then cirit birit yang berterusan.....4 days later kuar wad...sangat berbeza 4 hari di pusrawi dan 4 hari di HKL...:)saya selesa..zayyad selesa...satu blik 4 orang jer...so tak crowded...jururawat yang sangat mesra...
bermula dari situ la bulan 10,11,12,1 every month zayyad dimasukkan hospital...coz kahak dia susah pecah...keluar wad..dia jadi balik...selepas keluar wad bulan 1  doktor nasihatkan tukar susu Isomil...kami tergamam sekejap...that milk quite mahal for us...coz b4 this dia hanya pakai susu dupro(dumex)sahaja...satu tin 900g RM54 hanya untuk 2 minggu sahaja...tapi tak apa la...demi anak ku sayang....sebab tu la suami aku rancak bisnes...jual itu...jual ini...nak menampung perbelanjaan seisi keluarga....

Setelah 3 bulan zayyad sihat...bulan ni dia kembali batuk selsema...kebetulan pulak dia sakit mata...risau jugak coz dia masih baby...itu menguatkan lagi dia patut dimasukkan wad...disebabkan sakit mata tu doktor tak bagi tinggal dalam wad 4 bed...kena masuk single...hari ke2 kami pindah ke wad single...selesa memang selesa...doktor Ruzini told us that bronkitis dia dah tak teruk sangat....then nebulizer setiap 6 jam...berbanding bulan 10 tahun lepas...masa mula2 dulu...setiap 1 jam kena nebulizer.....but alhamdulillah dia semakin ok rite now...cuma risau takut jadi asma plak....but harap2 tak kena asma....sekarang ni husband saya juga jadi agen prudential....kalau ada sapa2 yang berminat...boleh la call...

Sunday, May 23, 2010

EXAM tidak patut diperkenalkan di peringkat tadika....

Assalamualikum rakan2ku sekalian...
Sepanjang 3 minggu yang lalu ramai anak2 tadiika ada 'exam'...Saya sebenarnya tak berapa setuju dengan konsep 'exam' ni didedahkan pada anak kecil seawal 4 tahun - 6 tahun....cuba tanya dorang...faham tak maksud 'exam' tu?Apa sebenarnya tujuan 'exam tu?Apa yang sebenarnya guru2 tadika nak buktikan pada parents?sekolah diorang bagus?sekolah diorang hebat?anak2 dapat nombor 1?anak2 digredkan dikategorikan A,B,C,D,E?Kalaulah anak2 yang dianugerahkan pintar,bijak,pandai,tak perlah....berbangga la ibu bapa...."anak saya hebat...dapat no 1 kat tadika....anak saya pandai...semua matapelajaran dapat A..." ibubapa adalah orang paling berbangga sekali...apabila tahu anak mereka sangat pandai...TAPI...bagaimana dengan perkembangan lain?SOSIO EMOSI?FIZIKAL?KOGNTITIF?BAHASA?Sangat hebat dalam matapelajran....tapi guru minta tolong...buat tak tahu....nak pegang gunting pun tak tahu...apa guna?
Bagaimana jika anak pandai dari segi matapelajaran...TAPI...GAGAL menghormati orang tua...tidak tahu berkawan...tidak tahu berkongsi....tidak tahu ambil hati rakan2 yang lain...suka cari gaduh...BAGAIMANA?
BAGAIMANA pula dengan anak2 yang tidak dianugerahkan pintar,bijak,pandai,...."anak saya tak pandai...'exam' kat tadika pun dapat no last...dalam subjek pula langsung xder A"....tak ker sedih dengar tu...bagaimana perasaan ibubapa bila tahu anak mereka tak berapa pandai berbanding yang lain?saya percaya semua ibubapa inginkan anak mereka pandai...saya pun sama...saya ingin anak saya pandai dan bijak...tapi kita kena tengok juga kemampuan anak2 kita...yang pasti saya mahukan anak2 saya bijak dalam semua perkara....sihat tubuh badan...xstresss belajar....happy belajar....saya mohon sangat pada ibubapa yang menghantar anak ketadika....jangan terlalu stress nak suruh anak pandai....anak2 ni...bila otak dia dah bersedia nak belajar....tubuh badan dia bersedia....jangan risau...dia akan cepat terima apa yang diajar oleh gurunya....ibubapa kena pantau anak2 di rumah...jangan lepas tangan pada guru sepenuhnya...
Pada pendapat saya 'exam' ditadika tidak patut diperkenalkan.....kalaulah guru2 tadika nak nilai perkembangan pembelajaran anak2 didik mereka....nilailah masa dalam kelas......sediakan satu buku catitan......setiap anak...bukan sahaja nilai dari segi matapelajaran.....perkembangan lain juga sangat penting....perkembangan sosio emosi...perkembangan fizikal....perkembangan bahasa....perkembangan kognitif.....catat semuanya...
Ibubapa akan seronok mendengar apabila guru2 menyatakan 'Alif pandai dalam matapelajaran...pandai berkongsi mainan...suka tolong guru...dan mempunyai buah fikiran yang kreatif" tak ker berbangga ibubapa mendengarnya....anaknya pandai dalam semua perkara..."Akim ni walau tak ok dalam matapelajaran...tapi dia pandai berkawan...aktif kalau bab main kat padang...nanti kalo besar leh jadi atlet ni" sedap sket ibubapa mendengarnya....anak2 4 tahun-6 tahun....tak pandai sangat tak per....mungkin dia ada kebihan kat tempat lain...bersyukurlah...
Secara kesimpulannya...sedarlah wahai..pengusaha2 tadika....guru2 tadika....bakal2 pengusaha&guru tadika....ibu bapa......saya rasa 'exam' diperingkat tadika tidak patut diperkenalkan melainkan kalau anak2 dinilai secara natural ok....anak2 ni tak faham pun 'exam' tu....dapt A,B,c?????Saya sangat memohon pengusah2 tadika yang membaca blog ini yang selama ini menggunakan 'exam'untuk menilai anak2...fikir2kanlah....banyak lagi cara unutk menilai anak2 didik2 kita....insyaallah kalau niat kita baik...ikhlas...ibubapa akan faham kenapa kita tak buat 'exam'insyaallah.........

Friday, May 7, 2010

Rekod Aktiviti Harian di Nursery

Hari ni aku rasa nak berkongsi ilmu dengan semua...salah seorang rakan aku (mycoursemate,myroomate) masa kat UPM dulu ada bertanyakan aku berkenaan bagaimana kami menjalankan perkhidmatan kami di nursery,coz anak dia ada problem with e nursery..then aku terfikir adakah apa yang aku buat di nursery aku selama ini...inilah gunanya....bagi semua ibu atau bapa yang hantar anak ke nursery...pasti semuanya nak tahu bagaimana perjalanan harian anak2 kan...semua tu di nursery aku rekod...contoh staff aku buat rekod adalah:

REKOD AKTIVITI HARIAN
Ini rekod baby 1 tahun 3bulan
Baby yang sudah berjalan dan sudah pandai membuat aktiviti fizikal
ini rekod baby 6 bulan
Baby yang sudah boleh meniarap dan mengesot serta sudah boleh makan bubur

Ini rekod baby 5 bulan
Baby masih lagi berbaring dan tidak banyak aktivti yang  dijalankan

Rekod semua baby bawah 2 tahun dibukukan

Department baby bawah dua tahun ada 2 rekod yang cikgu kena catit.
i) Rekod Aktiviti Harian
ii) Rekod Perkembangan

Kedua2 rekod ini adalah berbeza yang mana Rekod Aktiviti Harian ini adalah dicatit setiap hari...ia adalah berkenaan berapa kali nak kita tido...berapa kali anak kita makan...n berapa kali anak kita tukar dypers...alhamdulillah kat nursery saya masih tiada komplen berkenaan dengan anak2 diorang...

Rekod Perkembangan adalah lebih kepada peningkatan perkembangan bahasa,fizikal dan sosio emosi anak2 ketika di nursery..ia direkod seminggu sekali...

Buku rekod ini kami tidak tunjukkan pada parent melainkan ada parent request nak tengok aktiviti harian anak2...baru lah kami tunjukkan...ini menunjukkan keprihatinan parent pada anak2 diorang...

Kesemua buku rekod akan dihantar kepada aku setiap hujung bulan...yang mana aku akan semak setiap rekod yang dicatit adalah seperti yang aku hendak...alhamdulillah staff2 aku semakin memahmi apa yang aku mahukan dari diorang dan semuanya memberi kerjasama yang baik...

Kepada semua rakan,ibu,bapa,mama,mummy,ayah,daddy,abah....walaupun anda sibuk seharian di pejabat atau di sekolah...cuba2lah tanya pengasuh atau guru apa yang anak2 buat sepanjang hari di nursery atau di tadika....tolong la ambil berat pasal perkembangan anak2...jangan ambil sambil lewa...masa baby jer nak tahu perkembangan anak...anak yang pertama jer sibuk nak tahu perkembangan...anak yang ke2?ke3?...takper..saya dah tahu dah...ini jawapan parent yang dah ada anak 2 3 orang...jangan abaikan emosi anak anda...hargai la anak2...hargai la kerja2 pengasuh di taska...

Bagi aku kedua2 rekod ini sangat penting di mana2 Taska perlu mencatitnya...ini adalah bukti kepada parents bahawa pengasuh2 menjalankan tugas dan anak2 kita terjaga...

wassalam...:)

Sunday, May 2, 2010

'The Marvellous Kerabu Rice'

Sudah lama aku teringin membuat nasi kerabu tumis....last aku buat dulu...masa befday zafran yang 1 tahun di gugusan Dedap Kota Damansara...bukkannya tak nak buat...tapi nak buat Nasi Kerabu Tumis ni memang memerlukan tahap kesabaran yang tinggi...bahan-2nya banyak.....kalau setakat nak makan 2 orang tak yah buat la...beli kat kedai....lagi bagus...tak penat...tapi aku buat hari ni coz ada orang kat rumah..sepupu,kakak,adik...baru berbaloi nak buat yang remeh2 tu...
Kat bawah ni nak kongsi resipi ngan korang sumer....

Nasi
1.basuh beras hingga bersih....masak bersama daun limau purut dan sedikit serbuk kunyit...atau kunyit hidup...garam sedikit



Kuah Tumis
1. Kisar bawang merah,sikit bawang putih,sikit halia,dan cili kering...
 bawang merah,cili kering,halia,bwg putih

2. Tumis sampai pecah minyak

 bahan yang dikisar ditumis

3. Setelah itu masukkan santan (kalau korang nak kuah banyak letakkan la santan banyak sikit coz nanti bila dah didihkan ia akan kering sikit...)

 santan kotak jerr...

3.Titikkan serai dan seinci lengkuas
4. Garam dan gula secukup rasa..
5. Didihkan sehingga keluar minyak

taadaa....tumis yang siap dihidang..mmm
Sambal Ikan
1.Tumbuk bawang merah + serai + ikan yang dibakar + garam + gula
bahan2 yang sebelum ditumbuk

2. Setelah itu campurkan dengan kelapa parut yang telah digoreng dengan api perlahan

bawang dan serai yang telah ditumbuk

kelapa parut siap digoreng

Sambal ikan siap digaul

Siap dihidang bersama kerabu (timun+kobis),keropok,ayam bakar,budu,air lada...
FUUHHHHHHHHH...............MEMANG SEDAP HINGGA MENJILAT JARI....HIHIHIHIHIHIHIHI

SELAMAT MENCUBA....

Saturday, May 1, 2010

Short Trippp

hari ini (1 mei 2010) adalah hari yang sangat memenatkan...tapi sangat berpuas hati coz dapat pegi banyak tempat dalam banyak masa yang singkat...perjalanan pada hari ini ;)
- 7.31 am - bertolak dari rumah Kota Damansara
- 8.10 am - sampai di presint 8 Putrajaya (breakfast)
- 9.00 am - bertolak ke Melaka (ambil Fatin dan barang2nya) on da way ke sana..jalan agak jam berikutan      banyak kereta...maybe balik kampung...selepas exit Port Dickson barula jalan lega sikit...
- 10.30 am - sampai di kampus Uitm Melaka (angkut barang yang berdozen2...heheheheheh)
- 11.30 am - bergerak ke bandar hilir Kota Bersejarah






gambar yang paling cute...kui...kui...

- 2.30 - bertolak balik ke Kl...(dalam perjalanan ke Highway...jam jugak...sangat2 banyak kereta...lepas tol semua ok)
- 4.00 pm - exit Kajang terus ke Putrajaya...sembahyang...n jalan2

 abang n adik together....;)

 abang bagi makan ikan....

- 5.30 pm - bergerak pulang ke rumah (hujan yang amat lebat dalam perjalanan....air bagai dicurah2...)
- 7.00 pm - sampai di rumah dalam keadaan penat yang amat...
-7.15 pm - terima panggilan dari ma Melor....need to out again...tengok baby..coz dah lama nak pegi...tapi tak ada masa...need to go.....penat....tetapi terpaksa kuatkan diri...hihihii...
- 8.30 pm - sampai umah abang ngah..subang perdana....makan2...borak2...sembang2...balik...
sampai umah kul 10.30 pm....
HARI YANG SANGAT MEMENATKAN..................